'Abang Long pandai bawa jet!' – Ibu Dr Fie dedah keperibadian Kapten Amrul Nizar, perkenalan singkat bawa ke jenjang pelamin

No Image Caption
A
A
A

PERKAHWINAN pempengaruh Dr Fie Tawfek terus menjadi perhatian warganet. Sosok lelaki yang berjaya mencuri hati, Kapten Amrul Nizar Anuar terus menjadi tanda tanya para pengikutnya.

Ibu Dr Fie, Dr Zailah Zainudin menerusi hantaran di Instgaram berkongsi kehadiran Amrul dalam keluarga disambut penuh kesyukuran.

Malah, Dr Zailah tidak dapat menyembunyikan rasa syukur dan berkongsi beberapa perkara menarik mengenai lelaki berusia 53 tahun itu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Dr Zailah mendedahkan menantunya mempunyai kebolehan menerbangkan jet, selain pernah melanjutkan pelajaran di luar negara.

"Alhamdulillah menantu bertambah seorang lagi. Welcome Amrul Nizar to our family. Syukur Ya Robb.

"I was informed Abang Long ni pandai bawa jet. Ini something new to the family, pernah study kat Jepun dan saya rasa dia boleh cakap Jepun kot.

"Ramai ingat dia masih 40-an tau, awet muda. Dia kini 53 tahun dengan empat anak lelaki," tulisnya.

No Image Caption

Dalam pada itu, Dr Zailah turut berkongsi mengenai pertambahan bilangan cucunya selepas perkahwinan Dr Fie mencecah 10 orang dengan empat cahaya mata lelaki menantunya.

Artikel Berkaitan:

Siapa sangka, perjalanan cinta pasangan itu juga boleh dianggap pantas apabila Dr Fie mula mengenali Amrul ketika Ramadan tahun ini sebelum mengambil keputusan mendirikan rumah tangga pada November tahun yang sama.

Jelas Dr Zailah, tempoh perkenalan yang singkat itu pada awalnya membuatkan beliau sendiri agak sukar memberikan persetujuan.

"Hebat betul Kapten ni. Dr Fie kenal bulan puasa tahun ini. Belum lagi Ramadan seterusnya, sudah selesai kahwin. Ekspres betul!

"Saya yang susah nak beri kelulusan ini pun boleh bagi lampu hijau. Tapi suami yang selalu approve dulu.

"Macam-macam ayat Dr Fie guna untuk pengaruhi kami. Apa-apa pun, dia kini sudah menjadi sebahagian daripada keluarga besar kami. Mohon doakan kami," ujarnya.

No Image Caption

Dalam perkongsian sama, Dr Zailah turut mengambil kesempatan merakamkan penghargaan kepada tetamu yang hadir memeriahkan majlis perkahwinan pasangan itu di Seremban.

Beliau juga memohon maaf sekiranya terdapat kenalan yang tidak menerima jemputan berikutan persiapan majlis yang dilakukan dalam tempoh singkat.

"Kami sekeluarga ingin ucap terima kasih sangat kepada semua yang sudi menyantuni majlis kami di Seremban.

"Ramai yang minta maaf datang bawa bilangan tetamu lebih, kami halalkan semuanya. Tiada masalah.

"Cuma ramai juga yang mesej kami tidak dijemput. Ada yang tertinggal rupanya. Maklumlah, buat persiapan hanya satu hingga dua bulan sahaja. Kami mohon maaf sangat jika ada yang tidak terjemput," katanya.

Mengakhiri perkongsian, Dr Zailah turut membalas ucapan tahniah serta doa yang dititipkan orang ramai buat pasangan pengantin baharu itu.

Beliau berharap agar segala doa baik yang diberikan turut berbalik kepada mereka yang mendoakan, selain mengharapkan semua ahli keluarga sentiasa berada dalam rahmat, keberkatan dan keredaan ALLAH SWT.

Terdahulu, Dr Fie dan Amrul diijabkabulkan dalam majlis yang berlangsung pada Ahad lalu

Pasangan berkenaan disatukan dengan sekali lafaz, manakala Dr Fie menerima mas kahwin berupa satu dinar emas.

Untuk rekod, Dr Fie pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Nubhan Ahamad pada Ogos 2015 sebelum disahkan bercerai talak dua pada Disember 2025.

Hasil perkahwinan pertama, Dr Fie dikurniakan tiga cahaya mata.

Sumber: Instagram Dr Zailah

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang