Jangan ambil mudah jika terkena cirit-birit, air perlu cukup elak kerosakan ginjal

Elak makanan bergoreng, kafein ketika cirit-birit. Amalkan 9 tip mudah
Elak makanan bergoreng, kafein ketika cirit-birit. Amalkan 9 tip mudah
A
A
A

CIRIT-BIRIT atau diarrhoea berlaku apabila najis yang kita keluarkan menjadi cair dan melebihi tiga kali setiap hari.

Ia berlaku apabila usus sesorang tidak dapat menyerap cecair yang dimakan atau diminum dengan sebaiknya atau usus mengeluarkan lebih banyak air ke dalam rongga akibat keradangan atau jangkitan kuman.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Najis yang dikeluarkan bukan saja kerap, tetapi dalam bentuk cecair bahkan juga mungkin terdapat sedikit darah.

Menurut perkongsian Doktor Pengamal Perubatan Am, Dr Zubaidi Ahmad, dalam kebanyakan kes, cirit-birit ini bersifat sementara dan tidak perlukan rawatan yang spesifik.

Namun tegasnya, pesakit perlu pastikan minum air secukupnya, jika tidak ia boleh menyebabkan kerosakan organ penting terutamanya ginjal.

Menurut beliau, ini tanda-tanda cirit-birit yang teruk;

A. Cirit-birit yang teruk akan menyebabkan gejala;

1. Sakit perut yang kuat

2. Loya dan muntah

3. Demam

4. Kekembungan

5. Rasa lemah (akibat kekurangan air) adalah tanda bahaya.

B. Kekurangan air dalam tubuh (dehidrasi) juga menyebabkan;

1. Rasa haus

2. Tidak bertenaga

3. Kurang buang air kecil

4. Pening kepala

5. Kulit menjadi kering

C. Bagi kanak-kanak dan bayi, tanda dehidrasi ini apabila kelihatan;

1. Kering mulut

2. Kurang kencing

3. Mudah menangis tanpa air mata

4. Mata, abdomen dan ubun-ubun yang tenggelam

Ujar Dr Zubaidi, perhatian yang lebih perlu diberikan jika ia berlaku pada orang tua dan kanak-kanak, terutamanya bayi.

Baca juga Risau cucuk hidung sendiri ketika 'swab test' di rumah? Doktor ini tunjuk cara betul

cirit

D. Punca cirit-birit;

1. Jangkitan kuman

2. Perubahan pemakanan (terutama bila melawat negara asing)

3. Masalah food intolerance terutama pada susu, produk tenusu dan sorbitol dan mannitol

4. Pengambilan alkohol

5. Masalah usus seperti penyakit keradangan usus (ulcerative colitis or Crohn’s disease), penyakit coeliac disease atau irritable bowel syndrome (IBS).

6. Masalah penghadaman

7. Pembedahan usus

8. Ubat-ubatan terutamanya antibiotic, antacid

9. Jangkitan virus rotavirus pada kanak-kanak

E. Rawatan cirit-birit

Pesakit harus mendapatkan rawatan segera jika;

1. Kanak-kanak atau orang tua yang mengalami dehidrasi

2. Cirit-birit melebihi lima hari

3. Terhadap darah dalam najis atau lendiran yang pekat

4. Ada tanda demam, bintik-bintik pada kulit, rasa sakit perut yang kuat

5. Ada muntah, rasa lemah badan

6. Berat badan berkurangan akibat cirit-birit

7. Sembelit dan cirit-birit bersilih ganti

8. Cirit-birit ketika melakukan lawatan ke negara asing

9. Cirit-birit akibat pengambilan ubat-ubatan atau suplemen

10. Ada masalah penyakit kronik seperti diabetes, kegagalan jantung dan kegagalan ginjal

11. Ada tanda-tanda dehidrasi.

Baca juga Cahaya mampu mempengaruhi waktu tidur kita. Berikut penjelasannya

Tambah Dr Zubaidi dalam perkongsian di Facebooknya, selalunya orang dewasa tidak memerlukan rawatan untuk diarhoea, kecuali atas sebab-sebab di atas.

"Apa yang penting adalah kekal dalam keadaan hidrasi yang mencukupi. Jika mengalami cirit-birit teruk, pesakit tidak cukup diberikan air kosong.

"Mereka memerlukan Oral Rehydration Solution (boleh didapati dari farmasi) yang mengandungi mineral yang hilang ketika proses cirit-birit.

"Jika tidak dapat minum kerana kerap muntah atau mengalami dehidrasi yang teruk, pesakit memerlukan rawatan intravenous," tulisnya.

Sementara itu, Dr Zubaidi turut berkongsi beberapa tip untuk meredakan cirit-birit;

1. Ketika cirit-birit, cuba elakkan pengambilan kafein, alkohol atau makanan yang berminyak, terlalu manis atau susu dan prosuk tenusu.

2. Ubatan untuk meredakan cirit-birit boleh digunakan. Namun begitu ia tidak sesuai digunakan untuk pesakit yang mengalami dehidrasi yang teruk atau kanak-kanak (termasuk bayi) dan orang tua tanpa pemantauan dari doktor.

3. Ubat-ubat ini boleh menyebabkan keadaan bertambah buruk jika cirit-birit disebabkan oleh jangkitan kuman. Antara ubat-ubatan itu adalah loperamide (Imodium) atau Lomotil.

4. Antibiotik hanya diberikan jika disebabkan oleh jangkitan kuman. Jika mengalami cirit-birit yang kronik, contohnya pesakit IBS, boleh amalkan suplemen probiotik.

5. Cirit-birit juga mengganggu penyerapan ubat-ubatan sintetik yang diberikan kepada pesakit metabolik yang kronik seperti pesakit diabetes, hipertensi dan pesakit yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi.

Semoga bermanfaat.

Sumber: FB Dr Zubaidi Ahmad

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca