Cahaya mampu mempengaruhi waktu tidur kita. Berikut penjelasannya

A
A
A

TIDUR merupakan waktu penting untuk merehatkan badan dan minda. Disebabkan itu kekemasan dan kebersihan kamar perlu dijaga.

Tidak hanya itu, pencahayaan juga hal yang perlu diberi perhatian. Keadaan bilik yang terlalu terang dipercayai akan menjejaskan kualiti tidur sehingga mengakibatkan kita kerap terjaga pada waktu malam.

Memetik perkongsian Hello Doktor yang memetik kenyataan Dr Margaret Grose menyifatkan, kewujudan cahaya tiruan akan mengganggu penghasilan melatonin di dalam badan manusia.

 

Baca juga:Menggunakan bahan asas lumpur Masjid Larabanga di Ghana masih teguh berdiri sejak 600 tahun lalu

Baca juga: Jangan bunuh semut tegurlah mereka supaya berpindah

 

Secara saintifik, melatonim dihasilkan melalui kelenjar pineal di dalam otak yang berfungsi untuk mengawal proses badan. Antaranya emosi, tenaga, selera makan, bangun dan tidur.

Hadkan masa penggunaan alat elektronik sebelum tidur dapat mengurangkan masa yang diambil untuk tertidur.

Melatonin yang dihasilkan pada waktu gelap akan menyebabkan kita mudah rasa mengantuk, sekali gus merehatkan otot badan.

Bagaimanapun pencahayaan tidak hanya memfokuskan ketika waktu tidur semata-mata.

Menurut nytimes.com, segelintir berpendapat cahaya terang pada waktu siang dapat meningkatkan kualiti tidur.

Dianggarkan individu yang mendapat sinar matahari atau pendedahan cahaya terang pada waktu siang boleh meningkatkan kualiti tidur.

Perkara tersebut boleh berlaku kerana cahaya matahari akan memberi isyarat kepada otak sebagai tanda untuk bangun lebih-lebih lagi pada waktu pagi.

Tidak hanya itu, berikut antara hal yang dapat mempengaruhi waktu tidur seseorang pada malam hari berdasarkan informasi New York Times:

1. Cahaya maksimum

Cuba dapatkan cahaya matahari semaksimum mungkin terutama pada waktu siang. Antaranya seperti melakukan senaman, berjalan-jalan atau berbasikal sebelum memulakan kerja.

Sekiranya tidak, cuba dapatkan tempat duduk berhampiran dengan tingkat di pejabat. Meskipun awan menutupi matahari atau mendung, perkara itu turut boleh dilakukan kerana cahaya semula jadi memiliki keunikan tersendiri sehinggakan empat atau lima kali lebih baik berbanding cahaya di dalam rumah.

2. Laraskan cahaya pada waktu petang

Cahaya yang terlalu terang akan menggangu atau melambatkan masa untuk tidur. Oleh itu, kurangkan pendedahan kepada cahaya yang terlalu terang pada waktu petang.

Cuba gunakan cahaya yang malap atau lebih baik elakkan penggunakan alat elektronik seperti telefon, komputer riba, tablet dan televisyen.

Cahaya biru (blue light) yang dihasilkan oleh peranti akan menyebabkan kesukaran atau melambatkan rasa mengantuk.

Membaca buku sebelum tidur bukan sahaja dapat mengurangkan tekanan, malah mengurangkan masa yang diambil untuk tertidur.

3. Halang sumber cahaya

Jika ingin mendapatkan hasil yang berkualiti, semangat perlu ada.

Rajin-rajinlah melihat dan memantau keadaan bilik tidur dengan cara menghalang sebarang sumber cahaya yang berpotensi mengganggu waktu tidur.

Penggunaan langsir kalis cahaya, jam digital atau sebarang objek yang mampu mengeluarkan cahaya sehingga mengakibatkan tidur terganggu.

Cara paling mudah tanpa bersusah payah adalah dengan menggunakan topeng mata.

Tidur yang cukup bukan sahaja dapat menghilangkan penat, tetapi membantu meningkatkan imunisasi badan, mengawal nafsu makan dan menguatkan kesihatan jantung.

Selamat mencuba!

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca