Jangan buang kulit pisang, terdapat pelbagai kegunaan lain termasuk hilangkan jerawat!

A
A
A

RUPANYA dengan hanya menggunakan kulit pisang, kita boleh menyelesaikan masalah kesan parut pada badan atau kulit wajah dengan cara yang mudah dan murah.

Selain itu, jika kita mengamalkannya secara rutin, ia juga boleh membantu memudarkan bekas parut terutamanya parut jerawat atau parut kesan daripada luka baharu.

Sesetengah orang mempunyai kulit sensitif untuk menggunakan krim pemudar parut, selain bimbang penggunaan krim seperti ini boleh membuatkan parut menjadi semakin gelap dan hitam.

Jadi, sebagai langkah yang lebih selamat dan menjimatkan, apa kata gunakan sahaja cara ini untuk mengatasi masalah tersebut. Bak kata pepatah, tak salah untuk mencuba kan?

Bukan sahaja kesan parut, agen yang terkandung di dalam kulit pisang juga boleh kita manfaatkan untuk pelbagai kegunaan. Antaranya adalah :

1. Mengatasi masalah kulit jerawat

Jangan buang kulit pisang, terdapat pelbagai kegunaan lain termasuk hilangkan jerawat!

Menurut kajian, nutrisi kalium, zat besi, zink dan vitamin C dan E yang terkandung di dalam kulit pisang boleh menenangkan kulit sekali gus mengatasi masalah kulit berjerawat.

Untuk mengatasi kulit berjerawat, kita boleh lakukan cara ini sebelum tidur malam.

Caranya, hanya gosokkan kulit pisang pada wajah selama 10 minit. Kemudian, anda biarkan sisa-sisa kulit pisang tadi melekat pada wajah semalaman.

Keesokan hari, cuci wajah anda dengan bersih dan hasilnya kulit anda juga akan bersih dan halus. Lakukan secara konsisten sehingga jerawat semakin mengecil dan lama kelamaan hilang.

2. Kurangkan kekuningan pada gigi

Jangan buang kulit pisang, terdapat pelbagai kegunaan lain termasuk hilangkan jerawat!

Bagi yang mempunyai masalah gigi kuning boleh cuba cara ini. Mudah sahaja caranya. Anda hanya perlu gosokkan kulit pisang pada gigi kira-kira satu minit setiap hari selama seminggu.

Cara ini dapat membantu untuk mengurangkan kekuningan yang melekat pada gigi. Lakukan secara rutin agar untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

3. Elak kulit gatal akibat gigitan nyamuk

Jangan buang kulit pisang, terdapat pelbagai kegunaan lain termasuk hilangkan jerawat!

Gunakan kulit pisang sebagai bahan untuk melegakan rasa sakit dan kegatalan akibat gigitan nyamuk. Hasilnya, rasa gatal dan kesan merah yang anda alami itu akan beransur hilang.

4. Mengurangkan kedutan

Vitamin C dan antioksidan dapat membantu mengurangkan kedutan dan garis-garis halus. Ia sekali gus membuatkan wajah anda nampak awet muda.

Tip penting:

1. Pastikan anda guna buah pisang yang segar untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

2. Kulit pisang yang telah dikupas mesti digunakan dengan segera dan tidak boleh dibiarkan lama kerana ia akan menjadi lebam.

Sumber: metdaan.co

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca