Jijik! Kilang roti guna air tandas kotor

A
A
A

JIJIK dan tak sepatutnya berlaku! Itulah yang boleh digambarkan selepas melihat foto di sebuah kilang roti.

Bayangkan tempat memproses makanan yang selalu korang makan itu kotor. Mesti korang marah kan?

Inilah yang terjadi pada sebuah kilang roti selepas pemeriksaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam membongkarkan premis berkenaan menggunakan sumber air dari tandas di premis berkenaan untuk menghasilkan makanan itu.

Kilang roti berkenaan diarah tutup serta merta selepas DBKL mendapati bahan mentah dan penyediaan makanan di premis terbabit juga dilakukan di atas lantai.

Jijik! Kilang roti guna air tandas kotor

Selain itu juga lantai basah, sangat kotor dengan sisa makanan serta dinding tempat penyediaan makanan kotor dan berdaki hitam.

Artikel berkenaan: Cara masyarakat Jepun jaga kebersihan di rumah. Jom ikut cara mereka yang ‘superb’

Apa yang lebih menggelikan, selain menggunakan air tandas yang kotor, terdapat kesan hurungan najis tikus dalam stor peralatan dan bahan mentah serta peralatan memproses makanan juga dalam keadaan kotor dan usang.

DBKL satu kenyataan turut memaklumkan pemeriksaan mendapati 10 pengendali makanan termasuk enam warga asing yang bekerja di situ, mempunyai suntikan tifoid.

Sehubungan dengan itu, Perintah Penutupan Premis di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 berkuatkuasa hari ini telah dikeluarkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca