Kenali 8 perkara menarik Pandelela, Mun Yee. Ratu terjun negara!

A
A
A

Jangan lupa follow kami di Instagram!

"KAMI rakyat Malaysia tetap berbangga dengan Mun Yee dan Pandelela. Kamu wira kami! Terima kasih

untuk segala-galanya."

"Mereka telah melakukan yang terbaik dan saya berbangga dengan anda kerana berjaya ke peringkat akhir."

"Gaya terjunan yang cantik. Cuma pendaratan agak kurang sempurna membuatkan kurang pungutan mata, tapi tidak mengapa. Masih ada peluang bagi kategori individu. Harap tiada tekanan buat penerjun kita. Selamat

berjaya."

Itu antara bingkisan harapan dan sokongan warganet buat dua penerjun negara, Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee.

Kenali 8 perkara menarik Pandelela, Mun Yee. Ratu terjun negara!

Dua atlet kesayangan ramai itu tetap mendapat pujian biarpun hanya meraih tempat kelapan dan terakhir acara terjun 10 meter (m) platform seirama pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Pusat Akuatik Tokyo, Selasa.

Bahkan, nama anak kelahiran Bau Sarawak itu turut menduduki carta trending di laman sosial Twitter dan telah diulang kicau lebih 4,000 kali pada hari ini.

Rata-rata warga maya menzahirkan kata-kata semangat dan berbangga dengan pencapaian atlet tersebut.

Justeru, di sini SinarPlus kongsikan info menarik mengenai Pandelela dan Mun Yee.

Profil Pandelela Rinong

[VIDEO] Aksi sang juara! Pandelela raih emas Piala Dunia Terjun FINA 2021

1. Pemilik nama penuh Pandelela Rinong anak Pamg AMN JBK itu merupakan atlet terjun negara.

2. Beliau menjadi pembawa bendera wanita pertama Malaysia ketika mengetuai kontinjen negara pada pembukaan Sukan Olimpik London 2020.

3. Wanita itu pernah mencatat sejarah sebagai atlet wanita Malaysia pertama memenangi pingat gangsa acara terjunan 10m platform wanita pada Sukan Olimpik London 2012.

4. Pernah memenangi pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 dan pingat emas pada Piala Dunia Tokyo, selain satu perak dan empat gangsa (Kejohanan Dunia).

5. Dilahirkan pada 2 Mac 1993 di Kupuo Jugan, sebuah perkampungan di Bau, Sarawak.

6. Beketurunan Bidayuh dan berketinggian 5'3" serta memiliki berat badan 52kg.

7. Pada usia tujuh tahun Pandelela dipilih menjadi perenang negeri dan menyambung latihan di Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

8. Beliau kini mengambil Ijazah Sains Sukan di Universiti Malaya.

Profil Mun Yee

1. Ratu terjun negara profesional.

2. Mula melibatkan diri dalam sukan akuatik ketika berusia 10 tahun.

3. Penampilan pertama beliau adalah beraksi di Sukan Olimpik Sydney 2000 pada usia 15 tahun.

4. Atlet wanita Malaysia pertama layak ke empat sukan Olimpik iaitu Olimpik Sydney 2000, Olimpik Athens 2004, Olimpik Beijing 2008 dan Olimpik London 2012.

5. Pelbagai kejayaan dilakar dan pernah memenangi pingat perak dan gangsa pada Kejuaraan Dunia FINA Diving 2009, 2013 dan 2019 bagi acara 10m platform wanita.

Baca juga 8 fakta menarik Farah Ann yang ramai tidak tahu, gimnas kebanggaan negara

6. Pada Sukan SEA 2017, Mun Yee meraih dua pingat emas acara 10m diselaraskan dan 10m acara segerak campuran.

7. Pada tahun 2012, dedikasi dan kecemerlangan dalam sukan akuatik telah melayakkan nama beliau diiktiraf dalam Malaysian Book of Records sebagai atlet wanita pertama layak ke empat sukan Olimpik.

8. Mun Yee merupakan graduan Sarjana Komunikasi Korporat di Universiti Putra Malaysia.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca