Kerajaan tak berhasrat untuk laksanakan PKP semula, ini 7 perkara penting yang perlu kita buat

Kerajaan tak berhasrat untuk laksanakan PKP semula, ini 7 perkara penting yang perlu kita buat
Kerajaan tak berhasrat untuk laksanakan PKP semula, ini 7 perkara penting yang perlu kita buat
A
A
A

SEJAK berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah baru-baru ini, angka kes yang dilaporkan positif Covid-19 tiba-tiba meningkat mendadak sehingga beberapa sekolah juga terpaksa ditutup buat sementara waktu.

Oleh demikian, sekiranya terdapat peningkatan kes positif Covid-19 di seluruh negara, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) Secara Pentadbiran akan dilaksanakan mengikut lokaliti seperti apa yang kini sedang berlaku di Pantai Timur Sabah.

Memetik laporan portal media tempatan, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan tidak berhasrat untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara seperti yang telak dilaksanakan 18 Mac lalu.

"Saya sudah katakan sebelum ini, tak mungkin akan sifar kes Covid-19 di seluruh negara. Virus ini masih berada di sekeliling kita.

"Esok lusa, mungkin ada yang akan kena Covid-19 ini. Kalau ada satu atau dua kes dan kita nak laksana PKP seluruh negara, sampai bila pun negeri-negeri tidak boleh dibuka kerana PKP akan terus dikenakan seluruh negara kerana satu dua kes ini.

"Jadi sebab itu belum lagi untuk kita laksana PKP," katanya.

Mengambil contoh di Selangor, beliau berkata, jika terdapat kes yang meningkat dengan ketara, PKPD Secara Pentadbiran akan dilakukan mengikut kawasan tertentu.

"Kalau tiba-tiba di Selangor catat 40 hingga 50 kes, kita akan kenal pasti kawasan-kawasan di Selangor tersebut, iaitu kawasan merah secara bersasar di Selangor untuk kita laksana PKPD secara lokaliti.

"Kita tidak tutup seluruh Selangor pun. Kalau kena di Shah Alam misalnya, di Shah Alam sahaja, bukan seluruh Selangor.

"Mungkin satu atau dua pangsapuri atau perkampungan, ini sebagai contoh," katanya.

Oleh itu, kita seharusnya tenang dan tidak mudah panik atau membuat kesimpulan awal terhadap situasi yang berlaku hari ini.

Ada lebih baik kita sentiasa berjaga-jaga dan sama-sama membantu pihak kerajaan membendung wabak ini supaya ia tidak terus menular.

Antara perkara mudah yang boleh kita lakukan atau amalkan adalah seperti :

1. Kanak-kanak dan warga emas tidak digalakkan lagi untuk makan di kedai atau restoran.

2. Kanak-kanak dan warga emas juga tidak digalakkan melawat pasar raya, taman tema atau di mana-mana tempat yang menjadi tumpuan orang ramai.

3. Amalkan peraturan ketat kepada anak-anak atau ahli keluarga selepas balik sekolah atau ke mana saja iaitu dikehendaki untuk mandi sebersih-bersihnya sebelum menyentuh sesiapa di rumah.

4. Dikehendaki untuk sentiasa membasuh tangan sekerap mungkin.

5. Tidak boleh bersalam dengan sesiapa sahaja ketika bertemu. Hanya menunduk kepala dan meletakkan tangan di dada.

6. Sentiasa meminum vitamin C dan segala Vitamin tambahan lain dan keperluan yang penting.

7. Tidak digalakkan untuk keluar rumah, berkumpul, melepak di kedai mamak atau bertemu siapa sahaja jika bukan atas urusan yang penting.

Amalan tersebut perlu diguna pakai sehingga keadaan Covid-19 betul-betul kembali single digit dan tiada kluster baru dilaporkan.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca