Khasiat Gula Melaka bukan sekadar pemanis
GULA melaka atau dipanggil gula perang kebiasaannya akan memberi rasa manis lemak dalam masakan.
Tahukah anda tekstur gula melaka yang pekat dan lambat larut ini mempunyai khasiat yang lebih baik berbanding gula pasir sebagai pemanis makanan? Jom ketahui khasiat gula melaka ini.
1. Menyejukkan perut
Menambah gula melaka di dalam pemanis minumam mampu menyejukkan perut. Bagus dinikmati bersama campuran air kelapa muda pada musim panas.
2. Memberi ketenangan
Gula melaka mengandungi kansungan selenium yang mampu melancarkan saraf otak. Mengambil minuman gula melaka sebelum tidur mampu memberi anda tidur yang nyenyak.
3. Baik untuk diet
Gula melaka mempunyai tekstur yang kukuh dan sukar dicerna. Justeru ia amat bagus untuk anda yang sedang berdiet.
4. Mengandungi zat besi
Bagi wanita yang mengalami haid yang banyak, seeloknya mengamalkan gula melaka ini kerana kandungan zat besi yang tinggi mampu menambah darah. Ia akan mampu mencegah anda mengalami kekurangan darah atau anemia.
Gula melaka bukan sahaja penambah keenakkan rasa malahan banyak khasiat yang dimilikinya. Semoga bermanfaat buat anda.
Penulis: Suhaila Ali
Sumber: hijausihat da
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang