KTMB perkenal kios tiket layan diri tanpa tunai, cara mendaftar cukup mudah!

KTMB perkenal kios tiket layan diri tanpa tunai, cara mendaftar cukup mudah!
KTMB perkenal kios tiket layan diri tanpa tunai, cara mendaftar cukup mudah!
A
A
A

SELEPAS memperkenalkan sistem pembelian tiket dalam talian, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menambah baik sistem jualan tiket dengan memperkenalkan kios layan diri tanpa tunai bagi perkhidmatan trennya.

Kini, orang ramai kini boleh membeli tiket tanpa tunai melalui mesin baharu yang diperkenalkan untuk perkhidmatan tren elektrik (ETS), KTM Antarabandar dan KTM Komuter di wilayah utara, mulai 15 Oktober lalu.

Keistimewaan kios baharu menggunakan KTMB Integrated Ticketing System (KITS) itu akan memudahkan pengguna membeli tiket dengan kad kredit, debit dan sebagainya.

Difahamkan, kaedah baharu itu adalah tambahan kepada sistem pembelian tiket KITS sebelum ini iaitu pembelian melalui kaunter, secara dalam talian dan menggunakan aplikasi KTMB Mobile.

Selain itu, semua tambang konsesi juga boleh dibeli melalui kios layan diri. Korang tak perlu lagi bersesak untuk berurusan di kaunter seperti sebelum ini.

Caranya mudah! Korang hanya perlu mendaftar melalui aplikasi KITS atau di laman sesawang KTMB di www.ktmb.com.my bagi menikmati diskaun tambang yang ditawarkan.

Bagaimanapun, setakat ini, pembelian tiket komuter di mesin baharu itu hanya boleh digunakan untuk perkhidmatan tren itu di wilayah utara iaitu dari stesen Padang Rengas, Perak hingga ke Butterworth, Pulau Pinang dan Padang Besar, Perlis.

Bagi kios jualan tiket perkhidmatan komuter di Lembah Klang, KTMB masih menggunakan mesin jualan tiket layan diri berasaskan sistem token dan tunai.

Untuk pengetahuan korang, berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, hanya lapan perkhidmatan ETS yang akan beroperasi setiap hari mulai 14 sehingga 27 Okt ini, berbanding 32 sebelum ini.

Perkhidmatan itu melibatkan perjalanan di antara Stesen Gemas, KL Sentral, Ipoh, Butterworth dan Padang Besar.

Jadi, rancang perjalanan korang terlebih dahulu atau rujuk laman sesawang rasmi KTMB bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

BERNAMA

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca