Langkah berhemat penggunaan air, mampu membantu di saat hadapi gangguan bekalan!

A
A
A

TIDAK dinafikan, air merupakan salah satu energi yang paling penting bagi kehidupan manusia. Setiap orang berhak mendapatkan air bersih. Oleh itu, kita wajib berhemat dalam penggunaannya.

Tambahan pula kemelut masalah air yang melanda beberapa negeri di Semenanjung Malaysia pada masa ini memberi sedikit tekanan kepada beberapa pihak.

Punca gangguan bekalan air pada musim kering selalunya disebabkan kekurangan sumber air mentah di sungai-sungai utama dan kemerosotan takungan air di empangan-empangan yang mana boleh menyebabkan bekalan air terawat terganggu dan pengguna terkesan dengan masalah ini.

Oleh itu, sama-samalah kita berkhemat dalam penggunaan air dengan mengamalkan beberapa langkah supaya kita dapat bersedia bila terpaksa berhadapan dengan masalah gangguan air secara mengejut.

Antara langkah yang perlu diamalkan adalah seperti berikut :

Tandas

  • Gunakan tandas yang mempunyai keupayaan curahan yang rendah (contohnya memilih sistem curahan yang berkeupayaan sebanyak 6 liter atau kurang) atau letakkan sebotol air ke dalam tangki curahan untuk mengurangkan air yang dicurah.
  • Kurangkan kekerapan curahan dalam sehari.
  • Sentiasa melakukan pemeriksaan untuk mengenal pasti sebarang kebocoran. Masukkan pewarna ke dalam tangki curahan dan memeriksa sekiranya terdapat air berwarna yang meleleh keluar ketika dan selepas curahan.

Bilik Mandi

  • Kurangkan masa mandian dan gunakan pancuran mandian bertekanan rendah.
  • Letakkan sebuah baldi berhampiran dengan pancuran ketika mandi untuk mengumpul air yang berlebihan. Air ini boleh digunakan untuk mencurah tandas atau menyiram taman.
  • Tutup pancuran mandian ketika bersabun.

Sinki

Langkah berhemat penggunaan air, mampu membantu di saat hadapi gangguan bekalan!

  • Jangan biarkan air mengalir ketika mencuci muka, menggosok gigi atau bercukur. Cara terbaik ialah menggunakan air di dalam bekas.
  • Baiki sebarang paip yang bocor atau yang sentiasa menitiskan air.

Taman

Langkah berhemat penggunaan air, mampu membantu di saat hadapi gangguan bekalan!

  • Siram taman dan pokok bunga ketika senja atau awal pagi untuk mengelakkan kehilangan air melalui penyejatan akibat daripada kepanasan.
  • Jangan menyiram pokok bunga secara berlebihan dan elakkan penyiraman ketika musim hujan.
  • Ubahsuai pemercik di taman supaya kadar air yang digunakan tidak berlebihan. Jika kawasan taman yang kecil, gunakan baldi atau salur getah.
  • Sentiasa memeriksa dan mengubah suai pemercik mengikut cuaca.
  • Elakkan penggunaan baja yang berlebihan dan gunakan baja nitrogen berasaskan air.
  • Pilih landskap taman yang tidak memerlukan air yang banyak.
  • Pastikan ketinggian rumput di taman lebih kurang 6 sm kerana rumput yang sederhana panjang dapat menyimpan air dengan lebih berkesan.
  • Gunakan penyapu untuk membersihkan kawasan luar rumah dan tepi rumah serta elakkan daripada menjirus air untuk membersihkan sampah sarap.
  • Sebaik mungkin gunakan bekas tadahan bagi menyiram taman.

Dapur

  • Jangan gunakan air yang mengalir untuk mencuci pinggan dan mangkuk, gunakan air yang ditadahkan di dalam sinki.
  • Pastikan paip ditutup dengan ketat untuk mengelakkan air terus menitis.
  • Simpan sebotol air di dalam peti sejuk atau gunakan ais jika memerlukan air sejuk.
  • Cuci sayur-sayuran, buah-buahan atau makanan di dalam sinki yang berisi air dan elakkan air mengalir.
  • Pastikan mesin basuh penuh muatan cucian kerana setiap cucian akan menggunakan air yang sama walaupun pakaian hanya sedikit sahaja.

Garaj

Langkah berhemat penggunaan air, mampu membantu di saat hadapi gangguan bekalan!

  • Gunakan baldi untuk mencuci kereta dan elakkan penggunaan salur getah.
  • Elakkan tumpahan minyak kerana minyak memerlukan air yang banyak dan sabun untuk membersihkannya.

Lain-lain

  • Pastikan kita sentiasa menghadiri perjumpaan dan perbincangan mengenai air di kawasan tempat tinggal.
  • Sentiasa melakukan pemeriksaan terhadap sistem paip dalaman di rumah untuk mengelakkan sebarang kebocoran.
  • Maklumkan sebarang kerosakkan paip kepada pihak berkuasa dengan serta merta.
  • Galakkan aktiviti-aktiviti kesedaran dan penjimatan air di sekolah yang berhampiran kawasan rumah.
  • Bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam penjimatan dan pemuliharaan air.
  • Gunakan air tadahan hujan untuk kegunaan di garaj, di taman dan sekiranya boleh untuk curahan tandas simbah.

Sumber : airkelantan.com

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca