Macam-macam tawaran sempena Shopee 12.12, burger Fuel Shack pun ada diskaun kaw-kaw
SELEPAS 11.11, kini jualan Shopee 12.12 kembali dengan tawaran yang lebih hebat.
Nampaknya pada 12.12 ini, platform e-dagang popular negara ini berkerjasama dengan jenama-jenama besar yang akan memberi diskaun kaw-kaw, baucar, game dan hadiah menarik kepada rakyat Malaysia.
Antara yang mengambil bahagian adalah:
Vinda, realme, Watsons, Unilever, Philips, Pediasure, L'Oreal, Enfagrow, Nivea, OPPO, Dutch Lady, One Plus, QQ Malaysia, Carlo Rino, Nutox, adidas, Photobook dan Dr Cardin.
Macam biasa, para pengguna dapat menikmati penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM12 dan tawaran RM1 semasa Jualan Kilat Shocking Sale.
Kepada geng yang suka berkebun, Shopee Farm membolehkan pengguna untuk menyiram pokok digital mereka dan mendapatkan aiskrim FamilyMart!
Basque Burnt Cheesecake Sofuto FamilyMart yang lembut boleh didapati setiap hari. Semuanya menjadi lebih menarik pada 12 Disember apabila para pengguna berpeluang menanam dan memenangi sebuah iPhone 12! Wah, memang best.
Tawaran berbaloi-baloi
Okey, kepada peminat Krispy Kreme, mengapa tidak rebut peluang untuk membeli 2 keping Christmas Doughnuts yang berharga HANYA RM6.60 sahaja. Tawaran sudah bermula pada 3 Disember lalu hingga 12.12 ini. Harga asalnya RM8.60.
Ini memang SinarPlus minat giler dan memang akan beli nanti. 3 burger Mix & Match (kita boleh pilih mana yang berkenan) pada harga RM39 sahaja!!! Harga asalnya RM52 tau. Jauh beza tu. Tawaran sudah bermula pada 3 Disember lalu hingga 12.12 ini.
Untuk geng manisan seperti kek, Shopee tawarkan harga eksklusif hanya RM12 untuk Vanilla Mille Crepe (sepotong KitKat Crepe Cake). Hanya boleh didapati di Shopee sahaja ya. Tawaran sudah bermula pada 3 Disember lalu hingga 12.12 ini. Harga asalnya RM15.
Shopee Kotak Duit
Hah, siapa yang tak nak duitkan? Selain promosi istimewa produk-produk hebatm terbaharu, Shopee memperkenalkan rancangan permainan langsung baharu, Shopee Kotak Duit yang memberi ganjaran kepada pengguna dengan wang tunai hingga RM12,000.
Dihoskan di Shopee Live pada pukul 9 malam setiap hari Isnin hingga Khamis oleh Datuk Ac Mizal dan Fahrin Ahmad, para pengguna diberi panggilan dan perlu menjawab satu soalan mudah sebelum diberi peluang untuk membuka satu daripada enam kotak yang disediakan.
Setiap kotak mengandungi nilai yang berbeza iaitu 12 sen, RM1.20, RM12, RM120, RM1,200 dengan nilai yang tertinggi berjumlah RM12,000.
Pengacara rancangan akan menjadikan permainan lebih menarik sambil menghiburkan penonton dengan melibatkan permainan minda bersama peserta.
Rancangan permainan ini yang bermula pada 23 November lalu telah memberi ganjaran kepada dua pengguna bertuah dengan masing-masing memenangi wang tunai sebanyak RM12,000. Sesi istimewa juga akan diadakan pada 11 dan 12 Disember ini.
Ganjaran menjangkaui platform: ShopeePay hadir di luar talian pada 12.12 Jualan Ulang Tahun ini dengan pulangan wang tunai yang menarik atau diskaun serta-merta hingga RM8 apabila rakyat Malaysia membayar dengan ShopeePay di kedai luar talian yang menerima dompet mudah alih ini. Bestnya!!!!
Bayar dengan ShopeePay di restoran kegemaran dan jenama popular seperti Starbucks, Krispy Kreme, Caltex, Mydin, Secret Recipe, Seoul Garden dan banyak lagi!
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Shopee 12.12 Jualan Ulang Tahun , layari https://shopee.com.my/m/12-12.
Sumber gambar Laman web Krispy Kreme, Instagram Fuel Shack dan Shopee
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang