Makcik pakai gelang Covid-19 dicari, polis cari saksi bantu siasatan

Makcik pakai gelang Covid-19 dicari, polis cari saksi bantu siasatan
Makcik pakai gelang Covid-19 dicari, polis cari saksi bantu siasatan
A
A
A

KECOH baru-baru ini foto seorang wanita yang dipercayai melanggar tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah, tular di media sosial sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan warganet

Foto wanita tersebut yang sedang makan di sebuah kafe di Bandar Meru Jaya di Ipoh, Perak jelas menunjukkan gelang tangan (wristband) berwarna merah jambu di tangan kanannya yang menandakan beliau di bawah kuarantin Covid-19.

Adoi mak cik kenapa selfish sangat!

Susulan penularan rakaman itu, memetik laporan media tempatan, pemilik kafe berkenaan tampil membuat kenyataan di laman Facebook bagi menepis tohmahan bahawa premis tersebut gagal melakukan tapisan ke atas pelanggan.

“Jangan kata kami pihak peniaga tak ambil tindakan. Kami tak ada hak selak lengan baju orang ye! Kami ikut Prosedur Operasi Standard (SOP), ambil suhu ikut yang disarankan. Masa viral ni tentu semua peniaga terkejut,” tulisnya di laman Facebook.

Pemilik kafe yang menggunakan nama Facebook Nurul Chu Hada Karim berkata, perbuatan wanita itu melanggar peraturan Kementerian Kesihatan (KKM) turut menyebabkan orang di sekitar kawasan itu menjadi panik sekali gus menjejaskan peniaga lain di Meru Raya.

“Kak Nurul sendiri awal pagi dah call Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Dah bercakap sendiri isu ini. Kak Nurul disarankan bertenang. Katanya dua orang yang positif dah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Bukan yang viral (wanita tular).

“Hanaz Cafe bebas daripada Covid ye. Kami tiada arahan penutupan kerana pegawai sendiri sahkan Makcik gelang pink negatif daripada Covid-19. Makcik dicari bagi tujuan tindakan undang undang kerana melanggar arahan KKM,” katanya dengan menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan wanita itu tampil untuk memberi maklumat.

Sementara itu, di laman Twitter Penasihat Khas Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood turut terkilan dengan tindakan wanita tular itu yang dianggapnya boleh menyumbang kepada gelombang Covid-19 sekali lagi.

“It’s people like her that increase our nation’s risk to second wave. Shame on you Ms (Cik) and shame on your friends or family and cafe who allowed her in and didn’t report when she’s supposed to be under quarantine. Stricter measures needed. COVID-19 is still out there,” tulisnya.

(Orang macam wanita inilah yang meningkatkan risiko negara kita  menghadapi gelombang kedua. Malulah sikit cik, dan juga kawan-kawan atau keluarga cik serta kafe yang membenarkan dia masuk dan tidak laporkan dia sedangkan dia sepatutnya di bawah kuarantin. Langkah lebih ketat diperlukan. Covid-19 masih belum berakhir)

Kebanyakan netizen turut meninggalkan komen antaranya:

@HardymanMohamad: “Why is she so selfish?(Mengapa dia mementingkan diri sendiri?)

@begratefulmate: Ini namanya tiada rasa tanggungjawab dan anggap pandemik ini remeh.

@MissFrulein: Rakyat yang tidak bertanggungjawab.

Kita bukan budak-budak guys. Jangan la buat contoh yang tak baik untuk tatapan generasi akan datang. Kita sepatutnya memberi contoh dan tauladan yang baik-baik muat mereka bukan sebaliknya.

Mohon sedar!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca