Malas nak bincang hal politik, storan penuh, rasa terasing antara punca ramai left grup WhatsApp
RAMAI di antara kita pasti menyertai banyak grup WhatsApp.
Grup dengan rakan sekerjalah, sekolah anak, perumahan, kawan baik dan bermacam-macam lagi.
Ada juga grup yang disertai untuk mengeratkan silaturahim dengan keluarga dan kawan-kawan lama seperti bekas pelajar sekolah atau universiti.
Kebanyakannya diwujudkan untuk memudahkan maklumat disampaikan.
Namun, bila terlalu banyak, memang tak larat untuk membaca mesej satu persatu.
Disebabkan itu, sesetengah kita mengambil langkah dengan memilih jalan mudah iaitu keluar daripada grup yang dianggap tidak penting atas sebab sendiri.
SinarPlus baru-baru ini menerusi segmen #SinarPlusSajaNakTanya bertanyakan kenapa ada orang tiba-tiba ambil keputusan untuk left grup WhatsApp?
Adakah disebabkan sentap atau malas mahu semakkan otak membaca banyak mesej?
Baca juga:Menarik! WhatsApp benarkan pengguna ‘edit’ mesej yang sudah dikirim
Rata-rata komen yang diterima menyatakan mereka malas untuk masuk campur terhadap topik perbincangan yang tidak bermanfaat.
Seorang pelayar SinarPlus, Rais Razali berkata, kumpulan yang berborak tentang politik atau sudah tidak lagi aktif, lebih baik ditinggalkan sahaja.
Pendapat sama turut dilontarkan oleh Aama Meah Hassan.
“Malas nak bertekak fasal politik. Lebih baik left grup daripada bergaduh dengan kawan,” katanya.
Seorang lagi pengguna Facebook menggunakan nama Salleh pula memilih untuk menyertai grup WhatsApp yang penting sahaja seperti keluarga, kerja, jiran atau penduduk setempat.
STORAN PENUH
Dalam pada itu, sesetengah pembaca memberi alasan yang agak logik juga iaitu storan telefon penuh untuk menampung kemasukan ribuan mesej.
Kongsi YanKecik, beliau terpaksa memadam gambar dan video yang diterima melalui grup WhatsApp walaupun dirinya tidak aktif.
Apa yang melucukan, walaupun sudah ditutup tetapan auto download, namun jarinya mesti ‘gatal’ mahu tekan untuk melihat apa yang dikongsikan.
Disebabkan itu, beliau mengambil keputusan untuk menarik diri bagi memenangkan hidupnya.
RASA TERASING & ADAB
Bukan itu sahaja, ramai juga yang menyatakan kehadiran mereka seolah-olah tidak diperlukan dan pendapat mereka ditolak.
Antara komentar yang diterima adalah:
Rabiatul Adawiyah Mohd Rosli: “Sebab kita bukan orang penting. Ada ke tak ada tiada beza bagi mereka. Jadi buat apa nak menempel lagi di situ? Kemungkinan kita bukan ‘kasta’ mereka…”
Faizul Taitus: “Bila WhatsApp, seorang pun tak jawab, hanya kroni dia saja yang dilayan…”
Rus Nah: “Banyak sebab orang left kadang faktor kawan dalam grup juga kalau orang pos atau share apa-apa semua tak betul, semua tak bagus. Dia sahaja yang betul dan bagus.”
Walau apa pun alasan, seorang pengguna menyentuh tentang adab.
Erynn Rock Salvatore mencadangkan agar mereka yang mahu meninggalkan grup WhatApp perlu meminta izin terlebih dahulu.
“Apa pun kalau masuk grup cara baik, nak keluar pun perlu cara baik. Adab, kan ada. Nak masuk keluar rumah.
“Tak mahu beritahu alasan sebenar, bagi alasan yang baik-baik macam dalam surat peletakan jawatan,” ujarnya.
Pun demikian, katanya, sekiranya anda ditambah masuk ke dalam mana-mana kumpulan tanpa kebenaran, boleh left begitu sahaja.
Sebenarnya terlalu banyak pandangan yang dikongsi.
Bagi kami, setiap individu bebas untuk memilih mana-mana platform maya yang anda hendak disertai.
Apa yang penting, jaga pertuturan semasa berbual dan berbual sesuatu yang boleh mendatangkan kemarahan ramai.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang