SEBAIK mana pun kita berkawan, jika ada isu atau hal berbangkit memang susah nak bawa bincang.

Kalau bab berjanji pun, kadangkala boleh ‘dicapati’ begitu sahaja.

Sebagai contoh, kalau kawan kita terlambat dalam satu janji temu, alasan yang sering diungkapkan adalah OTW (on the way). Sedangkan, entah baru nak mandi atau baru saja bangun daripada tidur.

Disebabkan ramai yang berdepan dengan pengalaman sebegitu, SinarPlus menerusi segmen #SinarPlusSajaNakTanya bertanyakan soalan tentang apakah perkataan selain OTW yang sering diperkatakan oleh kawan-kawan yang susah kita nak percaya?

Hasil jawapannya menghiburkan dan memang macam-macam.

janji kawan

Seorang pelayar SinarPlus, Ahmad Nazim berkata, berdasarkan pengalamannya, rakan-rakan beliau akan menyatakan ‘sekejap lagi sampai’ atau ‘tunggu sekejap’.

Antara komentar pelayar-pelayar lain adalah:

Arah Wati: “Ok..sekejap lagi sampai…”

 

Noramir Noramir: “Kau jalan dulu, jap lagi aku sampai.”

Hasnah Ishak dan Azhar Saad: “5 minit sampai.”

janji kawan

Namun, hakikatnya memang lambat pun. Kata-kata itu sebenarnya hanya nak menyedapkan hati.

HUTANG

Dalam pada itu, Hasanul Hamid memberi situasi tentang hal berhutang.

“Duit yang dipinjam selalunya mereka akan cakap nak bayar semula lepas dapat gaji nanti, tapi…,” ujarnya.

janji kawan

Ujang Senang juga dalam komentarnya berkata: “Pinjam hari ni besok bayar balik.”

Mungkin itu juga daripada pengalamannya sendiri.

Antara ulasan pelayar-pelayar lain pula:

janji kawan

PokLoh WakAji: “Esok aku bayar.”

Liyana Laila: “Kejap lagi aku bayar balik.”

Baca jugaTak dibayar upah tambahan seperti dijanjikan, cef lepas geram pasang bom lipas demi lepaskan kemarahan

Bagi mereka yang jenis menepati janji tak mengapalah, namun yang suka bertangguh-tangguh nak bayar sampai bertahun lamanya. Belum tentu dapat dilangsaikan, kan?

Iklan

JANJI POLITIK

Selain itu, ramai pengguna Facebook yang mengaitkan janji orang politik memang tak boleh dipakai.

Rata-rata mereka berpendapat, semua pemimpin yang menjaja kempen untuk pilihan raya akan menawarkan bulan dan bintang untuk menarik pengundi.

janji kawan

Antara paling popular adalah janji nak turunkan harga minyak dan tol.

Terdapat juga pelayar yang mengetengahkan hal membabitkan sikap isteri yang suka membeli barang.

Baca juga Ibu janjikan ganjaran RM7,500 jika anak tak guna media sosial hingga usia 18 tahun

Sebagai contoh, Cheryl Abdullah berkata: “Nak beli satu barang jer kat kedai Eco, tapi keluar dengan satu bakul barang.”

Iklan

janji kawan

Kebanyakan komen yang dikongsikan pelayar rata-ratanya Admin setuju terutama yang melibatkan hal hutang, lambat hadiri janji temu termasuk hal-hal politik.

Adakah kenyataan itu semata-mata mahu menyedapkan hati atau hanya satu pembohongan?

Kedua-dua sikap tersebut memang tidak elok dilakukan. Tepuk dada tanya selera.

janji kawan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang