Menunggang E-Scooter perlu memiliki lesen & permit khas, ini penting apa yang pengguna perlu tahu

A
A
A

ERA kini, skuter elektrik dilihat kian popular digunakan di Malaysia sebagai pengangkutan jarak pendek yang mesra alam.

Mungkin disebabkan ia bersifat ringan, ada juga yang boleh lipat dan mudah dibawa ke mana-mana menjadi daya penarik untuk dimiliki.

Bukan itu sahaja, ramai pengguna memilih Personal Electric Vehicle (PEV) ini sebagai kenderaan untuk ke kampus mahupun ke tempat kerja bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.

Namun bagi yang memiliki mikromobiliti tak kira la e-bike, e-scooter mahupun e-skate ia ditakrifkan sebagai kenderaan yang dikuasakan tenaga elektrik dan mampu mencapai kelajuan maksimum 50km/j, penting untuk tau perkara ini!

Takut nanti kena saman pula! Tak pasal-pasal melayang Ringgit Malaysia kena bayar saman.

Menunggang E-Scooter perlu memiliki lesen & permit khas, ini penting apa yang pengguna perlu tahu

Mungkin disebabkan sikap segelintir pengguna PEV yang tidak bertanggungjawab dan mengambil kira isu keselamatan orang ramai, terutamanya pengguna jalan raya, perkara berkaitan kenderaan mikromobiliti telah termaktub dalam Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020.

Kini, ia telah diluluskan di Dewan Rakyat dan akan dibentangkan di Dewan Negara.

Melalui perkongsian Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, beliau menyentuh tiga perkara yang perlu dipandang serius, iaitu:

1)Isu keselamatan orang ramai terutama pengguna jalan raya lain, kerana tiadanya perlindungan insurans. Jika berlaku kemalangan, individu yang berkenaan akan menghadapi masalah kewangan.

Bagi pengguna lain, mereka pula yang terpaksa keluarkan duit sendiri atau membuat tuntutan insurans sendiri bagi tujuan membaiki kenderaan atau untuk perlindungan kesihatan mereka.

Menunggang E-Scooter perlu memiliki lesen & permit khas, ini penting apa yang pengguna perlu tahu

2)Setelah RUU Pengangkutan Jalan (pindaan) 2020 diluluskan dan menjadi undang-undang kelak, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) akan mengawal selia jenis-jenis penggunaan kenderaan ini seperti mewajibkan pendaftaran dan mempunyai lesen memandu termasuk jika bersesuaian, melarang penggunaan jenis-jenis kenderaan sebegini daripada digunakan di atas jalan raya.

Menunggang E-Scooter perlu memiliki lesen & permit khas, ini penting apa yang pengguna perlu tahu

3)Kelak, setelah diwartakan dan menjadi undang-undang, MOT akan mengelaskan jenis-jenis kenderaan di bawah kategori mikromobiliti ini. Mana yang wajar dilesen dan didaftarkan, akan diwajibkan berbuat demikian.

Mana-mana jenis yang dari segi keselamatan tidak sesuai digunakan secara bercampuran di atas jalan raya, akan dihalang daripada digunakan atas dasar keselamatan dan kepentingan pengguna jalan raya yang lain.

Dengan perkembangan baru ini, kita akan mendengar lanjut mengenai pindaan undang-undang dan kenderaan yang tertakluk di bawahnya dalam masa terdekat.

So, apa pandangan korang tentang perkara ini, perlu atau tidak kita nak ambil lesen E-scooter ni?

Sumber Rujukan: THE STAR

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca