Moratorium tamat, bayar balik pinjaman atau buat rundingan untuk bantuan tertentu

Cara mohon lanjutan moratarium & bantuan bank bersasar
Cara mohon lanjutan moratarium & bantuan bank bersasar
A
A
A

SEPERTI ramai sedia maklum, bermula 1 Oktober ini, para peminjam bank perlu menyambung pembayaran hutang bank selepas tamatnya tempoh moratorium pinjaman enam bulan, yang bermula April lalu.

Namun, sejumlah kategori mendapat beberapa kemudahan seperti penangguhan tiga bulan untuk mereka yang hilang kerja dan punca pendapatan.

Jika mereka masih berdepan masalah sama selepas tempoh itu, moratorium boleh dilanjutkan oleh bank tetapi bergantung kepada situasi individu peminjam.

Dengan erti kata lain, korang masih berpeluang membuat rundingan dengan pihak bank untuk mendapat bentuk bantuan tertentu atau persetujuan baharu dua pihak.

Seperti SME Bank, mereka juga menawarkan lanjutan moratorium dan bantuan bersasar kepada hampir semua pelanggannya yang layak menerusi Program Kemudahan PKS (SRP)

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam satu kenyataan media berkata, program SRP ini melibatkan 3,090 pelanggan dengan jumlah pembiayaan melebihi RM4.8bilion.

“Inisiatif SME Bank yang menyasarkan pelanggan-pelanggan di dalam lima sektor PKS dan yang bersaiz mikro dan kecil adalah seiring dengan Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi seperti yang diumumkan oleh MEDAC.

“Lima sektor PKS yang disasarkan dalam program SRP ini ialah pelancongan, pendidikan, pengangkutan awam, kesihatan dan stesen minyak.

“Dengan adanya bantuan-bantuan seperti SRP ini, kita dapat mencapai kestabilan ekosistem keusahawanan, memulihkan operasi perniagaan dalam tempoh segera serta memastikan PKS kekal berdaya saing dan mampan setelah dilanda krisis Covid-19,” tambahnya.

Sementara itu Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail berkata, SME Bank merangka Program SRP dengan mengambil kira keperluan dan keteguhan aliran tunai perniagaan setiap pelanggan.

“Program SRP ini secara amnya menawarkan lanjutan tempoh pembiayaan sedia ada selama 12 bulan. Dari jumlah keseluruhan pelanggan yang layak, 66 peratus menerima pakej lanjutan moratorium sehingga 12 bulan dan 15 peratus menerima pakej bayaran kadar keuntungan selama enam bulan.

“Pelanggan yang selebihnya akan menikmati penjadualan semula pembiayaan mereka,” kata Aria dalam kenyataan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca