Panadol bukan untuk sayur, petua tidak relevan dan boleh memudaratkan. Ini 2 cara mudah pastikan herba tahan lebih lama

A
A
A

BARU-BARU ini tular perkongsian daripada seorang pelayar Facebook mengenai cara untuk sayur dan herba tahan lebih lama dengan menggunakan panadol.

Perkara itu turut mendapat perhatian Dr Azila Mohd Kasim. Katanya, petua yang tidak relevan dan boleh memberi kemudaratan, sebaiknya jangan dikongsi kepada orang lain.

“Kalau nak guna, simpan petua tersebut untuk diri sendiri sahaja.

“Panadol untuk manusia, panadol bukan untuk tumbuhan atau memberi kesegaran pada tumbuhan,” ujarnya.

Apakah itu paracetemol?

Paracetamol atau lebih dikenali dengan pelbagai nama dagang contohnya Panadol™️ atau Uphamol™️.

Ia digunakan secara meluas sebagai ubat demam dan ubat tahan sakit.

Mengulas lanjut mengenai itu, paracetamol digunakan untuk melegakan sakit atau ketidakselesaan yang disebabkan oleh sakit kepala, sakit gigi, sakit disebabkan oleh artritis, sakit otot, osteoarthritis, senggugut dan demam.

Paracetamol adalah selamat dan berkesan untuk menurunkan suhu badan yang tinggi akibat demam sekiranya diambil dalam kuantiti seperti yang disyorkan pada label.

Perlu diketahui bahawa, pengambilan paracetamol secara berterusan atau pengambilan paracetamol melebihi daripada dos yang disyorkan boleh menyebabkan penyakit pada hati.

Segera dapatkan rawatan perubatan sekiranya anda mendapati tanda-tanda kerosakan hati seperti loya dan muntah yang kerap, mata dan kulit kekuningan, urin berwarna gelap, sakit perut atau abdomen dan kepenatan yang melampau.

Berikut antara tip untuk menyimpan hebar agar tahan lama:

1. Rendam dalam air bersama akarnya.

Pastikan beli tumbuhan yang masih ada akarnya. Balik rumah cuci bahagian daun dengan air paip dan rendam akar dalam air.

Artikel berkaitan: 85 peratus rakyat Malaysia ‘benarkan’ diri sakit. Ini buktinya…

Untuk lebih segar dan lebih tahan lama, letak di pintu peti sejuk. Tukar air setiap hari sambil renjiskan air pada daunnya. Ia boleh tahan selama satu ke dua minggu.

2. Bekukan daun herba

Teknik membekukan tumbuhan jenis aromatik ini dibuat agar ia boleh disimpan lebih lama. Bukan satu atau dua bulan, malah ia boleh bertahan sehingga tiga bulan.

Meskipun ia akan layu sedikit namun aromanya masih kekal segar seperti asal. Contohnya, daun limau.

Caranya, daun-daun tersebut dicuci sebersih-bersihnya menggunakan air paip. Kemudian, masukkan ke dalam plastik aiskrim Malaysia lalu isikan air masak sehingga penuh lalu ikatkan dengan kemas.

Masukkan dalam tempat sejuk beku. Semasa mahu memasak nanti, cairkan ais batu untuk bahagian yang mahu dimasak.

Kredit: Pengguna TikTok @farahiylia.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca