Peluang kerja dengan TNB, 6 bidang ditawarkan selepas tamat latihan

Peluang kerja dengan TNB, 6 bidang ditawarkan selepas tamat latihan
Peluang kerja dengan TNB, 6 bidang ditawarkan selepas tamat latihan
A
A
A

SUSULAN impak pandemik Covid-19, ramai yang terjejas dari segi pekerjaan.

Ini berikutan pelbagai sektor terpaksa mengurangkan tenaga kerja bagi menjimatkan kos atau lebih parah lagi memberhentikan terus operasi.

Oleh demikian, Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperkenalkan TNB Reskilling Program yang mana ia merupakan satu inisiatif untuk membantu warga Malaysia mencari pekerjaan atau majikan yang ingin mencari pekerja bersesuaian dengan kelayakan.

Syarat umur yang dihadkan untuk menyertai program tersebut antara 18 hingga 50 tahun.

Peluang pekerjaan selepas latihan yang ditawarkan adalah bersama Vendor TNB, syarikat di dalam sektor tenaga atau majikan yang mendaftar dengan TNB Reskilling Program.

Beberapa bidang pekerjaan juga turut ditawarkan. Hanya perlu isi butiran yang diminta melalui laman sesawang rasmi.

Antara bidang-bidang pekerjaan yang ditawarkan adalah seperti:

1. Grid-Connected System: Installation, Operation & Maintenance

2. Smart Meter Installer

3. Power System Operation & Maintenance Electrician

4. Low Voltage (LV) Electrical Facility Maintenance

5. Medium Voltage (MV) Electrical Maintenance

6. Other Reskilling Program Related to MESI (i.e. Digitalization & Automation)

Sekiranya korang memerlukan pekerjaan dan kini senang mencari pekerjaan, isi maklumat kelayakan di https://www.surveymonkey.com/r/reskillingmalaysia

Sementara itu, buat majikan yang sedang mencari pekerja juga boleh berbuat perkara yang serupa dengan mendaftar di https://www.surveymonkey.com/r/reskillingmalaysiacompany

Bidang-bidang pekerja yang tersedia untuk majikan yang mendaftar adalah seperti :

1. Grid-Connected System: Installation, Operation & Maintenance

2. Smart Meter Installer

3. Power System Operation & Maintenance Electrician

4. Low Voltage (LV) Electrical Facility Maintenance

5. Medium Voltage (MV) Electrical Maintenance

6. Other Reskilling Program Related to MESI (i.e. Digitalization & Automation)

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari laman sesawang rasmi TNB di https://tnbilsas.com.my/industry-employment-program atau sebarang bertanyaan mereka juga boleh dihubungi di talian WhatsApp : 019-224 7282 atau 019-267 7282 atau 019-237 7282

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca