Portal khas online, inisiatif LZS bantu rakyat Selangor terjejas PKP3.0

A
A
A

SELEPAS sebulan Perintah Pergerakan Penuh (PKP3.0) dilaksanakan pelbagai situasi keperitan rakyat mendapat perhatian media.

Bukan sahaja pendapatan terjejas, malah ada yang mengalami kesukaran mendapatkan bekalan makan dan minum termasuk berdepan dengan kesihatan mental.

Justeru, bagi membantu golongan terkesan pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengambil inisiatif menyediakan perkhidmatan agihan secara online sebagai usaha menyantuni keluarga Islam yang bermastautin di Selangor.

 

 

“Golongan asnaf fakir, miskin, mualaf berdaftar dengan LZS boleh berurusan secara terus melalui Penolong Amil Kariah atau Eksekutif Operasi Agihan Daerah.

"Bagi yang tidak berdaftar dengan LZS masih boleh mendapatkan bantuan. Mereka perlu mengisi permohonan bantuan dalam talian pada pautan yang disediakan.

“Bagi ketua keluarga yang bermastautin sertai tidak berdaftar sebagai asnaf fakir, miskin, mualaf dengan LZS boleh berurusan melalui pautan disertakan," kongsi LZS menerusi laman web rasmi.

Pautan khas tersebut boleh dilayari di https://www.zakatselangor.com.my/asnafonline.

Baca juga Warga Perak Diberhenti Kerja, Tak Dapat Berniaga, MAIPk Tawar Skim Bantuan Kecemasan

Siapa yang layak mengisi Portal Asnaf Online?

- Ketua keluarga yang tidak berdaftar sebagai asnaf fakir, miskin, Mualaf

- Beragama Islam

- Warganegara atau pemastautin tetap (PR)

- Lahir dan menetap atau bermastautin di Selangor sekurang-kurangnya tiga tahun

Ketua keluarga yang dimaksudkan ialah individu sama ada bapa, ibu, penjaga, ahli keluarga contoh seperti suami, isteri, penjaga dan ahli keluarga yang bertanggungjawab menanggung sesebuah keluarga.

Difahamkan portal berkenaan akan dibuka sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kelak oleh pihak LZS.

Maklumat dan dokumen sokongan yang WAJIB disertakan?

- Salinan I/C ketua keluarga dan pasangan

- Salinan I/C atau sijil kelahiran tanggungan

- Bil utiliti TNB, air, IWK, cukai dan lain-lain (satu sahaja)

- Slip pendapatan atau pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri

- Pengesahan pemberhentian kerja atau diarah cuti tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan (bagi yang bekerja)

- Dokumen pendaftaran atau lesen perniagaan (sekiranya berkaitan)

- Pengesahan, memo status kesihatan pemohon atau tanggungan daripada pakar atau doktor perubatan (sekiranya memilih pernyataan masalah (b))

- Sebut harga, pengesahan kos rawatan daripada pakar, doktor perubatan, farmasi atau syarikat pembekal. (sekiranya memilih pernyataan masalah (b))

- Dokumen berkaitan dengan hutang yang perlu dijelaskan dengan kadar segera. (sekiranya memilih pernyataan masalah (c))

Selain itu, pihak LZS turut menyediakan ruangan aduan dan rundingan melalui saluran berikut:

- Live Chat bersama Pegawai Khidmat Pelanggan Kami (Tertakluk kepada Waktu Operasi musim PKP) : LIVE CHAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

- Emel rasmi Lembaga Zakat Selangor: maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my.

- Talian Zakat Selangor : 1 300 88 4343

Semakan semakan status permohonan, bayaran bantuan boleh dibuat melalui saluran berikut:

- Sistem eZAKAT ONLINE

- Aplikasi mobil Lembaga Zakat Selangor yang boleh dimuat turun di Android Playstore dan Apple Apps Store

Diharapkan bantuan yang disalurkan oleh pihak LZS dapat meringan beban golongan terjejas.

Sumber: Lembaga Zakat Selangor

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca