Sebar berita palsu, ancam kesihatan awam, annoying, laporan polis dibuat terhadap kumpulan antivaksin
TINDAKAN sesetengah golongan menolak suntikan imunisasi Covid-19 menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.
Keraguan dan penolakan vaksin merupakan masalah utama yang berlaku di Malaysia, malahan ianya dianggap sebagai fenomena global.
Platform media sosial, seperti Telegram dijadikan saluran yang untuk menyebarkan maklumat tanpa bukti dan pengesahan. Malah ia informasi penolakan vaksin juga dikongsi dengan lebih mudah dan cepat.
Perkongsian ini ternyata membingungkan masyarakat. Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengambil tindakan tegas berhubung isu itu.
Beliau melalui ciapan di Twitter memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat beberapa laporan polis terhadap kumpulan antivaksin.
Menurutnya, pihak KKM berharap agar tindakan susulan berkaitan perkara itu dilakukan segera.
“Kami harap tindakan susulan (siasatan, pendakwaan dan lain-lain) dapat disegerakan.
“Kumpulan ini terus menyebarkan berita palsu, mengancam kesihatan awam dan annoying,” katanya menerusi ciapan di Twitter.
Pihak @KKMPutrajaya telah membuat beberapa laporan polis terhadap kumpulan anti-vaksin. Kami harap tindakan susulan (sisatan, pendakwaan, dll) dapat disegerakan. Kumpulan ini terus menyebarkan berita palsu, mengancam kesihatan awam dan annoying. https://t.co/rdAKlUNEFZ
— Khairy Jamaluddin ??? (@Khairykj) ?ref_src=twsrc%5Etfw">October 15, 2021
Beliau mengulas perkara itu sebagai respons kepada seorang doktor di Twitter yang mendesak agar pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap golongan antivaksin yang menubuhkan group di Telegram dan menyebarkan maklumat palsu berkaitan vaksin serta Covid-19.
Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
Sumber: Twitter ?s=24">@Khairykj
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang