Sekatan jalan raya akan ditambah menjelang Ramadan, hanya dokumen lengkap boleh rentas

Patuhi SOP Raya, rentas daerah bukan 'tiket' bebas
Patuhi SOP Raya, rentas daerah bukan 'tiket' bebas
A
A
A

MENJELANG Ramadan minggu hadapan, sudah pasti ramai individu ingin pulang ke kampung bagi menziarahi ibu bapa tercinta.

Namun begitu, hasrat dan keinginan itu perlu dilupakan segera kerana negara kita masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana semua maklum bahawa aktiviti merentas negeri masih tidak dibenarkan.

Tambah lagi, terbaru, menerusi laporan portal berita tempatan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengatakan pihaknya bakal mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang dikesan cuba merentas negeri bertujuan pulang ke kampung halaman bagi menyambut Ramadan.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim memaklumkan pihak berkuasa akan menjalankan pemeriksaan ketat di setiap sekatan jalan raya.

Bagi mana-mana individu yang ingin melakukan pergerakan rentas negeri atau daerah, kalian dikehendaki mengisi Borang Permit Pergerakan PKP atau Borang Permit Pergerakan PKPB untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak polis sebelum melakukan pergerakan.

Menurutnya, mana-mana individu yang hanya mempunyai dokumen perjalanan lengkap dibenarkan merentas negeri.

Katanya, pelbagai cara digunakan orang awam untuk rentas negeri untuk balik ke kampung, jadi PDRM akan memperketatkan semua pemeriksaan di Sekatan Jalan Raya (SJR) bagi memastikan tiada yang terlepas.

Baca juga NCD, jika pandai manfaat boleh jimat beribu ringgit!

Menurutnya lagi, jika ada terjumpa juga, tiada nasihat diberikan malah tindakan undang-undang akan terus diambil ke atas individu yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Perkara yang anda perlu tahu jika ingin rentas negeri

Justeru, korang yang berniat ingin berpuasa bersama ibu bapa di kampung haruslah membatalkan niat yang ada.

Jika tidak, sampai bila-bila pun kita akan terus begini. Bekorbanlah seketika untuk memutuskan rantaian COvid-19 ini demi masa depan kita bersama.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca