Selain susu, ini makanan untuk osteoporosis

A
A
A

Osteoporosis adalah penyakit yang dikaitkan dengan masalah tulang rapuh. Sering kali kita dengar minum susu untuk mendapatkan kalsium yang cukup bagi menguatkan tulang.

Namun tahukah anda terdapat juga nutrien selain kalsium yang diperlukan bagi menguatkan tulang? Nutrien itu ada dalam makanan-makanan ini.

1. Keju dan yogurt

Selain susu, ini makanan untuk osteoporosis

Selain susu yang tinggi kandungan kalsium, keju dan yogurt turut mengandungi kandungan kalsium yang tinggi.

Bagi golongan dewasa disarankan untuk mengambil sebanyak 800mg kalsium sehari. Manakala bagi yang berumur 51 tahun ke atas adalah sebanyak 1000mg kalsium sehari.

Selain susu, keju dan yogurt, makanan lain seperti ikan sardin, bijirin, sayuran hijau dan kekacang turung mengandungi kalsium. Namun nilainya tidaklah sebanyak makanan tenusu.

2. Ikan salmon dan tuna

Selain susu, ini makanan untuk osteoporosis

 

Pengambilan kalsium yang mencukupi sahaja tidak mampu mencegah osteoporosis. Ini kerana tulang kita turut memerlukan vitamin D dalam membantu penyerapan kalsium pada tulang.

Ikan salmon dan tuna mempunyai kandungan vitamin D yang banyak. Justeru dengan mengambil pemakanan ikan salmon mahupun tuna mampu membekalkan jumlah vitamin D yang mencukupi untuk badan.

3. Daging, telur dan produk soya

Selain susu, ini makanan untuk osteoporosis

Daging, telur dan produk soya mengandungi protein yang tinggi. Protein amat diperlukan untuk pembentukan tulang.

Jadi amalkan juga pemakanan berasaskan daging, telur dan produk soya untuk membantu pembentukan tulang dengan sempurna.

4. Benih labu dan kekacang

Selain susu, ini makanan untuk osteoporosis

Nutrien seterusnya ini adalah fosforus. Fosforus penting dalam membentuk tulang yang kuat dan sihat sama seperti fungsi kalsium.

Dengan itu, amalkan makan benih labu dan kekacang kerana ia adalah makanan yang mengandungi kandungan fosforus yang tinggi.

Berikut adalah sumber makanan yang mengandungi nutrien penting bagi tulang yang kuat dan sihat.

Walau bagaimanapun diet yang sihat dan seimbang amat perlu bukan sahaja untuk tulang malahan untuk kesihatan tubuh badan kita.

Penulis: Suhaila Ali

Foto: Unsplash

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca