Span cuci pinggan ada 45 juta bakteria jika tidak kerap ditukar, ini penjelasannya

A
A
A

PENGGUNAAN span sangat penting untuk mencuci pinggan dan mangkuk di rumah, apatah lagi pelbagai jenis span dijual di pasaran untuk memudahkan kerja ibu-ibu di rumah.

Pun begitu, tahukah anda span pencuci mempunyai jangka hayat tertentu.

Ia dikatakan boleh digunakan hanya tempoh satu bulan sahaja. Sebab itu, kalau kita lihat, biasanya span akan dijual pada jumlah yang banyak untuk satu set. Perasan tak?

span

Kenapa tidak boleh pakai lama selagi tidak rosak? Jawapannya kerana fungsi span yang membersihkan kotoran menjadikan ia sarang kuman dan bakteria yang tidak boleh dilihat mata kasar.

Beberapa kajian dijalankan terhadap span pencuci tersebut di Jerman yang terbukti berpotensi memberi ancaman kepada manusia, lapor laman web Kompas.

Tidak percaya? Merujuk kajian yang dijalankan di Jerman, sebanyak 362 jenis bakteria berbeza ditemui pada 14 span yang dikaji dan penelitian tersebut agak membimbangkan.

Ini kerana hanya pada saiz 1 sentimeter persegi span tersebut, disahkan mampu menjadi perumah sebanyak 45 juta bakteria. Bunyinya cukup menyeramkan.

span

Kajian itu juga menyebut, span mampu menjadi tempat pembiakan kuman dan bakteria terbesar dalam rumah.

Malah, boleh menyebabkan punca jatuh sakit kerana bakteria bersifat patogen iaitu kebolehan jangkitan penyakit.

Ahli Toksikologi Molekul dan Biokimia Pemakanan, Dr Rhea Mehta berkata, patogen bawaan makanan yang tercemar seperti daging mentah paling banyak ditemui pada span.

span

"Meskipun banyak patogen jenis tidak bahaya, namun ada beberapa boleh menyebakan gejala seperti sakit perut kepada individu tertentu termasuk mereka yang mempunyai antibodi lemah," katanya.

Dr Rhea menyarankan cara mencuci span supaya lebih selamat digunakan untuk seisi rumah.

Antara cara-caranya adalah seperti berikut:

1. Panaskan span dalam ketuhar gelombang mikro selama satu minit setiap hari. Satu pusingan dalam microwave boleh membunuh 99.99 peratus bakteria.

span

2. Bagi span yang ada serat logam atau tiada microwave, boleh guna mesin pencuci pinggan kerana boleh mengeringkan span yang lembap.

span

3. Pilihan efektif dengan merendam bersama air lemon dan air deionisasi atau merendam semalaman dengan cuka putih, kemudian keringkan.

Pakar kesihatan itu juga menjelaskan bahawa tempoh penggunaan span hanya sehingga satu bulan sahaja dan jika sudah berbau, lebih baik buang segera.

"Cara lain lebih mudah iaitu dengan menggantikan span biasa kepada jenis mikrofiber kerana jenis ini, bertahan lebih lama (dua bulan) kerana sifatnya cepat kering," kongsinya.

span

Pendekatan sama juga disarankan pengasas cleanmama.com, Becky Rapinchuk yang dikongsikan oleh laman web womenshealthmag.com.

Mereka antara lain memberi penekanan kepada ibu-ibu yang runsing memikirkan risiko bahaya akibat penggunaan span yang digunakan setiap hari.

Dalam pada itu, The Business Insider menyenaraikan 5 jenis span yang dikatakan terbaik sepanjang tahun 2020 untuk kegunaan isi rumah dikongsikan.

span

1. Span terbaik keseluruhan, Scrub Daddy

span

2. Span bebas sabun terbaik, Nano Sponge

span

3. Span zero calar terbaik, O-Cedar Multi-Use Scrunge Scrub Sponge

span4. Span semula jadi terbaik, Natural Sea Sponge

span5. Span paling bersih terbaik, Kuhn Rikon Stay Clean Silicone Scrubber

Nampaknya, kesemua span berkenaan bernilai tinggi dan ada yang tidak terdapat di negara kita.

Jadi, saranan SinarPlus, adalah lebih baik dan cara paling selamat menukar span yang kita gunakan dengan kerap.

Janganlah span yang sama digunakan sampai dua bulan lamanya! Ikuti tip Dr Rhea seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca