Suka gigit kuku petanda sakit jiwa? Selain budak, orang dewasa pun ada!

A
A
A

KEBANYAKKAN kanak-kanak gemar menggigit kuku. Namun tabiat gigit kuku ini turut berlaku dalam kalangan orang dewasa.

Jika korang salah seorang yang suka menggigit kuku, mohon hadam keburukan perbuatan tersebut.

Tabiat gigit kuku jika tidak dibendung pada zaman kanak-kanak, ia akan berterusan sehingga ke alam dewasa.

Walaupun tidak begitu jelas mengapa seseorang itu gemar menggigit kuku.

Namun, apabila ia sudah menjadi satu tabiat, maka agak sukar untuk meninggalkannya.

Menurut hellodoktor, beberapa faktor yang mungkin boleh menyebabkan seseorang itu gemar menggigit kuku, antaranya;

1. Tertekan, bosan atau tidak sabar

  • Apabila sudah mula menjadi satu tabiat, maka ia akan kerap berlaku terutamanya jika anda sedang menunggu sesuatu, berasa tertekan, kebosanan atau ketika menjadi tidak sabar.
  • Hal ini kerana korang sedang cuba untuk mengawal perasaan yang sedang anda alami.

2. Memberikan tumpuan

  • Kadangkala, ada individu berbuat demikian sewaktu mereka sedang memberikan tumpuan yang sepenuhnya.
  • Korang mungkin tidak begitu perasan sedang gigit kuku ketika cuba menyelesaikan sesuatu masalah yang sedang dihadapi.

3. Stres dan keresahan

  • Ada juga yang menggigit kuku ketika sedang stres atau mengalami keresahan atau kegelisahan.
  • Ia sebagai satu cara untuk mendapatkan kelegaan yang bersifat sementara daripada stres dan keresahan yang dialami.

4. Masalah emosi atau psikologi

Amalan menggigit kuku juga boleh dikaitkan:

  • Gangguan hiperaktif kekurangan perhatian (ADHD)
  • Gangguan kemurungan utama
  • Gangguan kompulsif obsesif (OCD)
  • Sindrom Tourette
  • Gangguan keresahan pemisahan

Suka gigit kuku petanda sakit jiwa? Selain budak, orang dewasa pun ada!

Namun, tidak semua yang memiliki gangguan-gangguan ini akan menggigit kuku dan mereka yang menggigit kuku tidak semestinya memiliki masalah berkaitan gangguan mental.

Selain kesakitan pada kuku dan kulit di sekitarnya, keburukan menggigit kuku merangkumi:

  1. Kuku yang kelihatan tidak normal.
  2. Jangkitan kulat pada plat kuku dan kulit di sekitarnya.
  3. Mendapat penyakit disebabkan oleh penyebaran bakteria dan virus daripada jari ke wajah dan mulut korang.
  4. Membahayakan gigi seperti gigi yang pecah, gigi yang tidak sekata, dan penyerapan semula gigi.
  5. Sakit pada sendi gigi.

Justeru, bagi mengelakkan daripada tabiat terus menggigit kuku, korang perlu;

1. Kerap potong kuku

2. Tutup jari anda

  • Boleh cuba memakai sarung tangan bagi melindungi jari.

3. Gantikan tabiat gigit kuku dengan perkara lain

  • Sibukkan tangan korang dengan benda-benda lain seperti fidget spinner, bola stres atau slimey.

Tabiat menggigit kuku jelas memberikan banyak keburukan yang bukan sahaja terhadap kuku malah tubuh korang juga.

Ia turut berisiko mendapat jangkitan jika kerap menggigit lalu menelan kuku tersebut.

Oleh itu, wahai si penggigit kuku, hentikan tabiat buruk korang sekarang juga!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca