Sukar hamil, tulang reput, ini bahaya kopi untuk wanita

kopi
kopi
A
A
A

WANITA tak digalakkan meminum kopi kerana pengambilan yang berlebihan membawa kemudaratan bahaya seperti sukar hamildan tulang reput.

Ya, bila sebut sahaja pasal kopi, sudah terbayang keharuman dan keenakannya, bukan?

Ramai yang suka minuman beraroma itu, namun, apa terjadi atau kesannya jika pengambilan berterusan dan berlebihan?

Kopi selalunya diminum pada waktu pagi untuk berasa segar dan tidak mengantuk. Jika diambil pada waktu siang, ia akan membakar semangat dan memberikan tenaga tambahan.

Namun begitu pengambilan kopi yang berlebihan mungkin akan memberikan kesan yang tidak baik.

Terutamanya buat golongan wanita. Tak kisahlah kopi apa pun, black, latte, cappuccino, americano, espresso, macchiato atau mocha, yang penting jangan berlebihan.

Melihat dari sudut perubatan, terdapat lima kesan buruk jika kopi diambil secara berlebihan oleh wanita, antaranya;

1. Menyebabkan rasa panik dan cemas

Kafein yang ada dalam kopi boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah dan meningkatkan degupan jantung. Jumlah kafein dalam kopi bergantung pada jenis kopi.

Bagi mereka yang sensitif, ambillah kopi yang mengandungi kafein yang kurang bagi mengelakkan masalah ini. Selain itu ia menyebabkan rasa cemas, panik dan mudah ‘naik angin’ walaupun berhadapan dengan masalah kecil.

Baca juga Rawatan spa sebagai hadiah hari bapa? Menarik! Berikut 10 idea lain

kopitiam

2. Mengganggu fungsi kognitif

Kopi yang diminum dalam jumlah yang sederhana pada sesetengah orang akan meningkatkan semangat dan fokus untuk bekerja.

Namun, bagi sesetengah wanita yang lain ia boleh menjejaskan kebolehan untuk berfikir dengan baik (kognitif).

3. Menyebabkan wanita sukar hamil

Belum ada kajian yang terperinci bagaimana kopi (atau bahan kafein) mengganggu kesuburan wanita.

Namun banyak kes yang dilaporkan bagaimana pengambilan kopi yang berlebihan mengganggu kesuburan wanita.

Berkemungkinan besar kafein yang berlebihan mengganggu keseimbangan hormon dalam tubuh wanita.

Baca juga Apa sebab kita sering rasa lesu dan penat? Makanan ini mungkin menjadi puncanya

4. Menyebabkan kereputan tulang

Kereputan tulang adalah suatu perkara yang biasa berlaku pada wanita yang sudah mengalami 'menopause'.

Namun pengambilan kopi yang berlebihan akan menyebabkan proses kereputan tulang ini akan berlaku dengan lebih cepat.

Ini kerana kafein menghalang penyerapan kalsium ke dalam tulang.

Wanita ‘psiko’ palsu kehamilan, demi duit sanggup menipu dan akhirnya didakwa

5. Boleh menyebabkan keguguran ketika hamil

Wanita yang sedang hamil tidak dianjurkan untuk meminum kopi berlebihan, terutama bagi mereka yang pernah keguguran.

Dos kafein yang dibenarkan hanyalah 200 mg. Belum ada kajian yang mendalam, namun lebih baik mengelakkan kopi sebelum keguguran berlaku.

Boleh gantikan pengambilan dengan kopi tanpa kafein (decaf).

Hati-hati golongan wanita semua! Jangan berlebihan mengambil kopi kerana boleh mendatangkan mudarat seperti sukar hamil, tulang reput, keguguran dan sebagainya. Semoga bermanfaat.

Sumber: Dr Zubaidi Ahmad

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca