Tengok movie di Terengganu, lelaki perempuan tak boleh campur, ada zon pengasingan
BUAT kaki-kaki wayang sekalian, jika korang ke negeri Terengganu Darul Iman, jangan terkejut jika pada suatu hari korang memilih untuk menonton wayang di negeri ini, korang kena asing tempat duduk antara lelaki dan perempuan.
Ya! Panggung wayang yang dimaksudkan adalah Lotus Five Star Cinemas (LFS) yang terletak di Kuala Terengganu, beroperasi di Paya Bunga (PB) Square.
Panggung wayang ini sudah pun melaksanakan peraturan baru mengikut Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan Negeri Terengganu.
Pelaksanaan peraturan baru tersebut dikuatkuasakan oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bagi memastikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan mengikut syariat Islam atau patuh Syariah.
Kalau korang nak tahu, peraturan Zon Pengasingan ini juga tertakluk kepada individu bukan Islam dan pihak mereka juga bersedia melaksanakan sebarang penambahbaikan bagi membolehkan ia dipatuhi oleh semua pelanggan.
Ini adalah inisiatif yang terbaik bagi kerajaan Terengganu dan sama-samalah kita menghormati peraturan dan keputusan yang telah dibuat.
Sedikit info tambahan, kalau korang nak dapatkan tiket, ketika ini sebarang tempahan tiket di pawagam tersebut hanya boleh dilakukan secara manual iaitu di kaunter wayang sahaja.
Jadi, korang okey tak? Tentulah okey kan. Kita nak tengok wayang je kan.
Sumber: LFS Cinemas
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang