“Terima kasih kerajaan sebab memahami.” Harga siling borong, runcit kit ujian diri Covid-19 mulai 5 September
KES positif Covid-19 di Malaysia sudah mencecah 1,786,004 kes.
Dengan puluhan ribu kes setiap hari, pastinya tahap penggunaan kit ujian pantas (RTK) antigen Covid-19 ujian diri adalah tinggi di segenap lapisan masyarakat.
Warga maya hari ini menyambut baik penetapan harga silling borong, runcit bagi kit ujian diri Covid-19 mulai 5 September yang diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Komen warga maya:
“Alhamdulillah terima kasih Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sebelum ni harga ALLAH mahal sungguh RM40 satu. Kena satu famili lima orang melayang RM200 sekali cek.”
“Terima kasih kerajaan sebab memahami.”
“Syukur, moga ia tidak menjadi beban kepada rakyat. Ramai yang terkesan dengan pandemik ini.”
“Elok sangat letak harga siling,kalau tidak suka-suka sahaja penjual letak harga kan, ini semua sudah jadi keperluan. Covid-19, bilalah nak selesai.”
Sehingga 30 Ogos, terdapat 14 RTK antigen ujian sendiri yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia (MDA), Kementerian Kesihatan Malaysia.
RTK antigen ujian sendiri tersebut diberi kelulusan bersyarat berdasarkan keputusan pada konsensus jawatankuasa Pakar Kit Uji Covid-19 adalah.
Semua penyerahan ujian ditapis berdasarkan tiga faktor iaitu:
• Pengeluar melaporkan bukti prestasi klinikal dan analitis.
• Hasil ujian penilaian dari alat penguji adalah mengikut kriteria penilaian jawatankuasa yang ditetapkan oleh panel pakar klinikal.
• Dokumen sokongan untuk kelulusan bersyarat Covid-19 IVD Kit.
Menurut MDA, penggunaan kit ujian diri Covid-19 adalah terhad untuk tujuan saringan sahaja dan semua hasil ujian memerlukan pengesahan lebih lanjut menggunakan RT-PCR.
Kit ujian tersebut boleh didapati di farmasi berdaftar atau klinik.
Berikut adalah senarai semua ujian yang telah dipilih sehingga kini dan statusnya adalah persetujuan bersyarat:
- Salixium-COVID-19 Rapid Antigen Rapid Test (Saliva/ Nasal Swab Samples)
- Gmate® COVID-19 Ag Saliva for Home Use
- BERIGHT-COVID-19 Antigen Rapid Test Device (Oral Fluid)
- ALLTest COVID-19 Antigen Rapid Test (Oral Fluid)
- JusChek COVID-19 Antigen Rapid Test (Oral Fluid)
- Longsee 2019-nCoV Ag & Influenza A/B Rapid Co-Detection Kit (Immunochromatography) Home based Use
- Sichuan Xincheng SARS-CoV-2 Antigen Assay
- Flowflex™ SARS-CoV-2 Antigen Rapid Test (Self-testing)
- STANDARD™ Q COVID-19 Ag Saliva Home Test
- ProDetect™ COVID-19 Antigen Rapid Self-Test (Saliva)
- NEWGENE Bioengineering COVID-19 Antigen Detection Kit
- Lituo COVID-19 Antigen Detection Kit (Colloidal Gold) Self Test Kit
- GRUENBANKA SARS-CoV-2 Antigen Detection Kit (Colloidal Gold Method)
- Humasis COVID-19 Ag Home Test (Self-Test)
Baca juga Beza Kontak Rapat Dengan Kontak Kasual, Bukan Semua Daripada Mereka Perlu Lakukan Swab Test
Dalam perkembangan berkaitan, Khairy dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Sri Alexander Nanta Linggi dalam kenyataan media memaklumkan bahawa harga siling bagi satu set ujian tersebut telah ditetapkan pada RM16.00 (harga borong) dan RM19.90 (harga runcit).
Difahamkan, harga itu akan berkuatkuasa pada 5 September 2021 di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.
Menurut kenyataan itu lagi, kawalan harga itu juga adalah sebagai usaha kerajaan yang prihatin dan serius dalam menangani kos sara hidup yang meningkat pada masa kini dan sebagai tanda sokongan kementerian bagi menangani wabak Covid-19.
Bukan itu sahaja, tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal untuk mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
Menurutnya, mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2021 dan boleh dikenakan penalti.
Perkara sama mengenai harga siling RTK Antigen itu turut dimaklumkan Khairy melalui akaun Twitter beliau.
We have set the ceiling price for COVID rapid test kits at RM19.90 for retail and RM16 for wholesale. We will also be exploring bulk purchase options to drive the price down further & also look at providing feee kits for B40 families. @KKMPutrajaya@kpdnhep
— Khairy Jamaluddin ??? (@Khairykj) ?ref_src=twsrc%5Etfw">September 2, 2021
Syukurlah apabila harga alat penguji ini semakin murah memandangkan ia seolah-olah sudah menjadi barangan keperluan. Lebih-lebih lagi bagi golongan yang kehilangan pendapatan dan B40.
Sumber: Facebook KKM, MDA
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang