Teruskan kehidupan, ini doa bantu lupakan insan tersayang

A
A
A

SUDAH menjadi fitrah manusia memiliki perasaan cinta kepada seseorang.

Mencintai adalah suatu yang sangat membahagiakan termasuklah memberi dan mendapatkan kasih sayang seseorang.

Akan tetapi ada situasi di mana cinta itu berubah menjadi perasaan atau pengalaman buruk dengan pelbagai keadaan atau asbab.

Mungkin ada yang sudah berkahwin tetapi jodoh tidak kekal lama. Bercerai, suami dan isteri bawa diri dan haluan masing-masing.

Tidak terkecuali juga bagi yang belum berkahwin. Ada yang menjalinkan hubungan cinta atau kasih sayang yang merupakan keinginan bagi setiap yang bergelar insan. Tentu sekali mahukan berakhir di jinjang pelamin.

Doa belum makbul

Namun berdepan pelbagai sebab dan masalah, perhubungan terpaksa berakhir. Kisah cinta tak sama dengan perkahwinan.

Bukan semua percintaan yang indah akan menerima pengakhiran yang bahagia dan menggembirakan. Banyak kisah yang berakhir dengan duka dan air mata.

Tetapi apa pun yang berlaku, kita sebagai seorang manusia harus perlu terus melangkah untuk memulakan hidup baru.

Melupakan itu jalan terbaik, namun tidak mudah untuk mengharunginya. Cuba dan terus mencuba.

Dengan ini SinarPlus kongsikan doa untuk melupakan seseorang yang kita sayang dengan cepat.

Boleh amalkan membacanya di samping kosongkan hati dan memafkan dia dengan mudah tanpa simpan apa-apa perasaan lagi.

Doanya;

Teruskan kehidupan, ini doa bantu lupakan insan tersayang

“Yamhu Allohu Maa Yastau Wa Yasbitu, Wa Indahu, Ummulkitab.”

Ertinya: “Allah menghapuskan apa jua yang dikehendaki-Nya, dan menetapkan apa jua yang dikehendaki-Nya. Dan pada sisiNya ada Ummul Kitab iaitu Lauhul Mahfuzh.” - Surah Ar-Rad Ayat 39

Selain itu, ini contoh doa yang boleh dimohon Allah dalam solat dan sujud.

Berdoalah kepada Allah dengan kata-kata yang baik, tunduk dan memohon dengan berserah semua kepadaNya.

1. Ya Allah berikanlah aku kekuatan hati untuk sentiasa bersabar di jalan kebenaran dan jalan yang Engkau redai. Jangan biarkan ingatanku bergantung kepada masa lalu dan seseorang yang membuat aku jauh dari-Mu, lalai daripada ibadah kepada-Mu, dan melupakan perintah-Mu. Biarkan hati dan fikiran ini hanya tunduk kepada ajaran-Mu serta pasrah pada titah-Mu.

2. Ya Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang jangan jadikan kami hanyut dalam kesedihan. Biarkan hati dan fikiran ini selalu bertaut kepada kebaikan dan kebenaran. Jangan jadikan orang-orang di masa lalu kami menjadi penghalang kami untuk beribadah dan selalu mengingat-Mu. Biarkan kami sentiasa mengingatmu bukan mengingati hal-hal yang buruk.

Baca juga Guna ‘mouth wash’ boleh sebabkan diabetes? Ini jawapan doktor

3. Ya Allah Yang Maha Pengasih, sesungguhnya Engkaulah yang mengatur hati-hati kami. Jagalah hati kami daripada dengki, ingatan yang buruk, kebencian, yang mampu sengsarakan hidup kami. Jangan biarkan kami mengingat hal-hal yang menjadikan kami lalai daripada ibadah dan taat kepada-Mu.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca