Tiada yang 'perfect', usaha terima pasangan seadanya buat suami isteri bahagia
Tiada yang 'perfect', usaha terima pasangan seadanya buat suami isteri bahagia
SETIAP ikatan perkahwinan impikan kebahagiaan. Proses itu bukanlah perkara mudah.
Ia memerlukan usaha dan komitmen dari kedua belah pihak kerana masing-masing memiliki perbezaan karakter dan latar belakang.
Bila sudah duduk serumah, tidur sekatil, barulah ‘true colour’ pasangan akan mula kelihatan dan inilah permulaan segala cabaran alam perkahwinan.
Menurut penceramah bebas yang juga pendakwah selebriti, Datuk Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz, dalam sesebuah perkahwinan itu perlukan kerjasama antara suami dan isteri.
Sama-sama membantu dalam menguruskan rumah tangga, biarlah beban itu tidak terasa sangat.
Melalui perkongsiannya, ada empat perkara yang boleh mengganggu gugat kebahagiaan sesebuah perkahwinan;
1. Punca pertama ialah sebab semua benda isteri buat. Basuh baju isteri, kemas isteri, masak isteri.
Sedangkan isteri ini cuma dituntut untuk layan suami sahaja. Jadi, tak perlu ke isteri buat semua itu?
Isteri solehah dia tolong buat kerja. Bantu sama membantu. Masing-masing kena faham erti tanggungjawab.
Ustaz Kazim berkata, semakin suami rasa senang, rileks tak buat apa-apa, lagi senang dia lupa tanggungjawab dia.
Bukanlah selepas ini beritahu suami "Awak, mulai hari ini, saya tak nak basuh baju, masak apa semua."
Bukan.Benda susah akan menjadi senang apabila kita buat sama-sama. Jangan senang sahaja bersama. Bila susah lepaskan kepada pasangan pula. Jangan.
2. Punca kedua sebab kita tak faham perangai pasangan masing-masing.
Menurut Ustaz Kazim, nak jaga suami senang sahaja;
a) Bagi makan kenyang-kenyang. Zahir dan batin. Semoga segalanya dikira ibadah.
b) Mana suami itu pergi, ikut! Selagi boleh ikut.
Baca juga Ini petua rumah tangga kebal elak ‘disondol’, point nombor 5 suami wajib buat
3. Punca ketiga sebab kita tak reda itu pasangan kita. Ramai orang hanya menghargai seseorang selepas seseorang itu meninggal dunia.
Jadi tak seronok bila suami atau isteri kita meninggal dunia baru nak kata "Tiada yang sama seperti suami atau isteri saya dahulu".
Tetapi orang bijak, lelaki soleh, wanita solehah akan selalu menganggap bahawa pasangan itu adalah anugerah.
Ada pasangan itu, bersyukur. Sebab ada ramai lagi yang masih ALLAH tak kabulkan doanya untuk berpasangan. Jadi, bersyukurlah.
Bukan senang zaman sekarang, nak dapat pasangan yang solat, mengaji, nafkah tak culas apa semua. Jadi kalau kita dapat pasangan begitu, belajar menghargai walaupun dia tak cantik atau boroi atau seumpama itu.
Di situ ALLAH nak uji kita, siapa antara kita yang paling bertaqwa. Memilih yang beragama, mengatasi segalanya.
4. Yang terakhir sekali, puncanya adalah apabila seseorang itu tak jadi yang saling menyenangkan.
Ya, belajar jadi seorang yang menyenangkan pasangan masing-masing. Kalau pasangan kita suka sekian-sekian, jadi kita usahalah untuk memberi sekian ataupun lebih.
Yang penting usaha ya, yang lain itu biar ALLAH yang tentukan. Insya-ALLAH.
Kongsi Ustaz Kazim lagi, musibah itu datang dalam tiga bentuk, kalau kita rasa dalam perkahwinan ini asyik musibah sahaja, mari kita tengok tiga perkara ini. Mana satu sebenarnya yang ALLAH ingin tunjuk.
- Ujian
Ujian adalah untuk orang-orang beriman. Sebagai contoh, Asiah yang solehah bersuamikan Firaun yang zalim. Itu ujian untuk dia.
ALLAH juga menguji seseorang soleh atau solehah itu bertahun-tahun tak dapat anak. Itu ujian namanya dan ujian ini tak lain adalah untuk angkat darjat taqwa dan iman kita lebih tinggi. Bersabarlah dan bergembiralah dengan ujian ALLAH bagi.
- Teguran
Musibah yang datang dalam bentuk teguran. Yang ini ALLAH hantar sebab ALLAH mahu tegur, suruh kita balik semula kepada kebaikan.
Contoh, kita leka mengejar duit, tiba-tiba ditimpa kemalangan. Sudah tak boleh cari punca rezeki. Itu teguran namanya.
Mungkin kita solat tak khusyuk. Kita buat ibadah tapi banyak culasnya. Jadi, ALLAH mahu jentik sikit beri teguran. Nak bagi kita kembali balik pada Dia. Jadi, jangan melatah mengata ALLAH. ALLAH tak buat benda sia-sia.
Baca juga ‘Curang ni bukan paksaan, tetapi pilihan’, pesanan Dr Fadzilah Kamsah buat suami isteri
- Bala
Yang terakhir pula musibah ini datang dalam bentuk bala atau azab.
Dalam perkahwinan ini, kalau kita nak ketenangan, kita kena belajar untuk reda. Reda apa yang ALLAH bagi. Reda itu pasangan kita. Reda atas segala ujian ALLAH.
Kalau satu detik nanti ALLAH uji tiada rezeki jodoh panjang, tiada rezeki untuk bersama lagi.
"Kalau masih mampu, pegang elok-elok, kalau tak mampu, lepaskan elok-elok."
Selalulah belajar untuk curi hati suami atau isteri.
Belajar rebut segala pahala yang ALLAH nak beri dalam perkahwinan. Belajar jadi orang yang dahagakan pahala.
Semoga bermanfaat!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang