Tip untuk bakery beginner, elak kek bantat cara mudah
PADA zaman kini, tiada lagi perkara mustahil kerana segalanya boleh dipelajari melalui ‘hujung jari’ sahaja.
Istimewa buat mereka yang ingin bergelar pengusaha bakery beginner, baru–baru ini terdapat beberapa panduan ringkas yang dikongsikan oleh @mekdikk_ melalui Twitternya.
Tulisnya, berikut beberapa panduan ringkas buat mereka yang baru sahaja berjinak-jinak ingin memulakan perniagaan itu.
Antaranya, periksa kualiti, tarikh luput bahan dan keadaan tempat penyimpanan supaya ia lebih tahan lama dan tidak mudah tercemar.
Ia penting untuk menjaga kualiti kek yang dihasilkan tau!
Selain itu, semasa memukul adunan pula, caranya mestilah rendah terutamanya ketika memukul telur dan ia dilakukan dengan laju secara bertahap sehingga adunan tersebut mengembang.
Orang ramai juga diingatkan agar pastikan mematuhi resipi kek tersebut misalnya mengikut sukatan dan bukannya menggunakan pendekatan ‘main-main agak’ sahaja.
“Ia berperanan sebagai kayu ukur agar kek menjadi, teksturnya lembut dan rupanya ‘elok’,” tulisnya.
Paling penting sekali adalah semasa proses membakar.
Kongsinya lagi, ketuhar mestilah dalam keadaan ‘pre-heat’ antara 5 ke 10 minit sebelum kek dibakar.
“Bukan itu sahaja, suhu yang digunakan juga mestilah sesuai (ikut resipi).
Tips untuk pengusaha bakery beginner. Semoga membantu.. pic.twitter.com/rnCqRZJbB7
— Mekdikk (@mekdikk_) ?ref_src=twsrc%5Etfw">August 20, 2020
“Elakkan membuka pintu ketuhar secara kerap kerana ia akan membuatkan kek menjadi kempis (akibat tekanan udara),”.
Akhir sekali, apabila menuang mentega cair, ia dilakukan secara sedikit demi sedikit supaya ia bercampur sempurna.
Ketahuilah jika cairan mentega tidak sempurna, kek anda akan menjadi bantat (tidak kembang). Moga bermanfaat! Jom cuba.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang