Tular tiada lagi kebenaran membawa pulang air zamzam, ini sebenarnya
UMUM maklum air zamzam merupakan suatu keajaiban dunia yang telah mengalir sejak ribuan tahun dan tidak pernah terhenti walaupun telah digunakan jutaan umat Islam.
Setiap umat Islam yang berpeluang mengerjakan ibadah haji atau umrah di Mekah semestinya akan membawa pulang air tersebut ke tanah air.
Jika sebelum ini kerajaan Arab Saudi tidak membenarkan kemasukan air zamzam ke negara lain dan hanya diberi percuma lima liter, kini lain pula yang terjadi.Jangan lupa follow kami di Instagram!
Baru-baru ini, tular sebuah video di aplikasi kegemaran ramai, TikTok milik @masjidbesi, yang mengatakan air zamzam tidak dibenarkan dibawa balik ke Malaysia.
Menerusi video tersebut, tiada lagi air zamzam dibenarkan untuk dibawa pulang terutama buat jemaah terbang menerusi lapangan terbang baharu di Jeddah.
"Kepada para mutawif, nak maklum... di airport baru, air zamzam tidak diberikan kebenaran untuk bawa balik walaupun lima liter."Jadi, boleh beritahu jemaah minum sepuasnya di sini sebab ia bahan larangan. Malah di airport juga tidak dijual air zamzam. Mungkin ini peraturan terbaru kerajaan sini di mana tidak membenarkan dibawa keluar," ujarnya.
Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya melahirkan rasa kecewa dengan larangan membawa pulang air zamzam berkenaan.
Sehubungan itu, menurut portal berita tempatan, Pengarah dan Penasihat Undang-undang Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, Ida Riswana Idris berkata, larangan berkenaan dijangka hanya sementara berikutan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz (KAIA) di Jeddah yang baru belum dilengkapi mesin conveyor.
Ujarnya, maklumat tersebut diperolehi daripada beberapa syarikat penerbangan yang membawa jemaah umrah.
Katanya lanjut, bagaimanapun, tiada halangan untuk bawa pulang air zamzam untuk jemaah umrah dari Madinah dan berharap larangan itu hanya sementara di Jeddah dan jemaah dapat membawa pulang air zamzam dalam sedikit masa lagi.
Sementara itu, berikut tujuh khasiat dan kelebihan air zamzam;1. Menghilangkan lapar.
2. Mengoptimumkan proses metabolisma tubuh.
3. Mukjizat air zamzam bergantung kepada niat orang yang meminumnya.
4. Menguatkan tulang dan gigi.
Baca juga Lengkap vaksin, kehadiran 50% kapasiti ruang. Semua majlis sosial dibenarkan di negeri Fasa 4
5. Menyembuhkan pelbagai penyakit.
6. Memiliki zat bersifat anti-kuman.
7. Regenerasi kulit mati (membantu menghasilkan sel-sel kulit mati dengan cepat dan diganti dengan kemunculan sel kulit baru).
Banyak manfaatnya! Ayuhlah kita sama-sama doakan larangan berkenaan betul-betul hanya bersifat sementara.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang