Ular sawa berat 100kg ala Anaconda ditemui di Perak. Mampu telan mangsa sama berat badannya
ULAR Sawa Batik (Python reticulatus)salah satu spesies ular sawa yang ditemui di Asia Tenggara.
Ular sawa batik dewasa itu boleh membesar mencecah 6.95 meter (m) panjang kira-kira 22.8 kaki. Pun begitu, lazimnya ular spesies tersebut besarnya sekitar tiga hingga enam meter sahaja (10 hingga 20 kaki).
Si batik adalah spesies ular terpanjang di dunia, tetapi bukan kategori besar. Seperti ular sawa lain, ular sawa batik juga kuat menjerut dan mampu menjerut hingga mati seorang manusia dewasa.
Ular sawa batik banyak ditemui di negara di Asia Tenggara termasuk India, Bangladesh, Burma, Thailand, Laos, Kemboja, Vietnam, Filipina, Malaysia, Singapura, Indonesia dan Kepulauan Indo-Australia.
Makanan haiwan itu daripada sumber semula jadi termasuk mamalia dan burung. Ular sawa batik kecil yang mempunyai kepanjangan tiga hingga empat meter memakan spesies rodensia seperti tikus.
Tidak terkecuali musang, binturung, mawas dan khinzir. Di petempatan manusia ular berkenaan adakalanya memakan haiwan ternakan dan peliharaan seperti ayam, kucing dan anjing.
Baca juga Bangganya! Pokok Cengal Terbesar Dunia Ada Di Terengganu, Sama Tinggi Bangunan 20 Tingkat
Antara mangsa terbesar yang direkodkan melahap seekor beruang madu seberat 23kg dan khinzir seberat 60kg.
Nama spesifiknya reticulatus dalam bahasa Latin bermaksud seakan jaring atau berselirat. Ia dinamakan sedemikian lantaran corak dan warnanya yang kompleks.
Semalam, seorang pemandu jengkaut di Larut Perak, Perak menemui seekor ular sawa batik seberat 100kg ketika membersihkan kawasan pembinaan di Jalan Kubu Gajah dekat Selama.
Operasi penangkapan dilakukan oleh lapan anggota ahli bomba menggunakan alat penjerut sebelum ular itu diangkat menggunakan jengkaut ekoran saiznya yang besar.
"Operasi mengambil masa kira-kira 20 minit sebelum ia dibawa balik ke balai untuk diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan)," ujarnya Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selama, Mohd Nor Khairi Johari.
Daripada tinjauan orang ramai, ular sawa berkenaan juga didapati sedang bertelur.
Baca juga Keindahan Memukau, Pulau Layang-Layang Milik Malaysia Jadi Rebutan Termasuk China
Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, ular berkenaan tidak dapat diselamatkan lantaran keadaannya yang ‘tenat.’
"Ular ini kalau sudah lurus badannya, bermakna ia sudah berada dalam keadaan 'nyawa-nyawa ikan'.
"Jadi apabila ia sudah mati, kita lupuskan dengan menanamnya," katanya.
Kebiasaannya, ular spesies itu mampu menelan mangsa sebanyak ¼ panjangnya dan sama beratnya.
Seperti ular-ular sawa yang lain, ular sawa batik merupakan pemburu hendap yang cekap. Ia akan menunggu mangsa muncul sebelum menangkapnya dengan lingkaran lalu menjerut hingga mati.
Ngeri bukan kisah ular sawa ini? Diharapkan semua spesies haiwan tidak pupus dan terlindung agar ekosistem kita tidak terancam.
Sumber: Wikipedia
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang