‘Ustaz segera’ hanya kejar dunia glamor, perlu contohi Raihan dalam berdakwah

A
A
A

AKHIR-AKHIR ini muncul pelbagai program realiti televisyen berbentuk dakwah di negara kita. Jika sebelum ini program seumpama itu kebanyakannya adalah berbentuk hiburan seperti nyanyian dan juga lakonan.

Kemunculan program realiti seperti Imam Muda, Ustazah Pilihan, Pencetus Ummah, Da’i dan pelbagai lagi program seumpamanya memberikan kefahaman kepada generasi muda pada hari ini betapa dakwah itu diperluaskan dengan pelbagai pendekatan.

Dakwah itu merentasi kumpulan kecil bermula kanak-kanak, remaja, belia dan dewasa.

Perkembangan itu dilihat oleh masyarakat sebagai satu peluang mereka mendalami ilmu-ilmu agama melalui pelbagai konsep.

Namun, ada juga dalam kalangan masyarakat yang beranggapan peserta yang menyertai program realiti sebegitu sebenarnya hanya mengejar nama dalam dunia glamor.

Buktinya, hari ini pelbagai kes kontroversi yang mengejutkan berlaku melibatkan peserta-peserta yang lahir melalui program realiti TV keagamaan.

Mereka juga dianggap sebagai ‘ustaz segera’ dalam kalangan warganet dan lebih buruk lagi ada yang digelar sebagai ‘penunggang agama’ apabila kejadian kontroversi luar batasan yang sangat melampau dilakukan sehingga ia tidak mampu diterima oleh masyarakat.

Seperti salah seorang pengguna di media sosial yang turut tidak bersetuju dengan kelahiran ‘ustaz segera’ ini turut meluahkan isi hatinya di Twitter miliknya.

Pengguna Twitter yang dikenali sebagai @ErenaTakeuchi meluahkan isi hatinya melalui satu posting yang membandingkan peserta program TV popular hari ini dengan kumpulan nasyid tanah air iaitu Raihan.

“Sebelum wujudnya ‘ustaz segera’, ‘penunggang agama’ ini, Raihan berdakwah dengan rasa rendah hati walaupun popular seluruh dunia. Sampai Queen Elizabett pun minat lagu mereka.

“Pokok pangkalnya dakwah itu kerana Allah Taala, bukan sebab mahu jadi popular,” tulisnya ringkas.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata pengguna Twitter yang lain turut bersetuju dengan pandangan terbabit.

Antara beberapa komen mereka adalah seperti :

“Orang yang kuat agama berbeza dengan orang yang jaga agama” @gutgeerdetkerl

“Disebabkan mereka (Raihan) lah kita boleh hafal niat puasa, nama-nama rasul dan malaikat serta melakukan perkara dimulakan dengan bismillah” @AffiqKimiLer

‘Ustaz segera’ hanya kejar dunia glamor, perlu contohi Raihan dalam berdakwah

‘Ustaz segera’ hanya kejar dunia glamor, perlu contohi Raihan dalam berdakwah

Kesimpulannya, penyebaran sesuatu ilmu yang diasaskan oleh kefahaman pengetahuan mendalam, akhlak mulia dan adab tinggi yang disampaikan akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT, baik guru yang menyampaikan ilmu atau pun murid yang menerima ilmu itu.

Maka siapa sahaja yang menyampaikan dakwah tidak perlu mengejar populariti sebaliknya perlu menyampaikannya dalam landasan yang betul dan dibuat kerana Allah SWT.

Golongan muda yang terlalu mengejar populariti hari ini dilihat semakin mudah hanyut apabila sudah dikenali dan juga popular walaupun mempelajari ilmu agama yang tinggi.

Pun begitu, bukan semua yang lahir daripada program realiti itu memberi kesan tidak baik, hanya seorang dua sahaja yang mendapat liputan meluas, sekali gus memberi persepsi negatif.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca