Vaksinasi Covid-19 kanak-kanak mulai 3 Februari, berikut 10 info perlu tahu

A
A
A

UMUM mengetahui suntikan pelalian Covid-19 bakal diberikan kepada kanak-kanak berusia hingga 11 tahun akan bermula Februari ini.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata keutamaan pemberian vaksin pada permulaan adalah kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan kerana mereka lebih berisiko untuk dijangkiti Covid-19.

Baca juga: Tiada paksaan suntik vaksin Covid-19 kanak-kanak 5 hingga 11 tahun

Baca juga: RM8,000 Melayang, Anak 2 Tahun Main Telefon Ibu, Bayar Barang Dalam ‘Shopping Cart Online’

Dalam perkembangan terbaru, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata ketibaan vaksin yang dijangka pada 28 Februari dan suntikan vaksinasi akan mula diberikan pada 3 Februari ini melalui Program Vaksinasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids).

Datuk Dr Noor Azmi menekankan bahawa vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak adalah selamat dan berkesan. Katanya, ia juga disokong dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Kolej Pediatrik, Academy of Medicine Malaysia pada 20 Januari lalu.

Berikut 10 info ringkas mengenai vaksinasi berkenaan:

1. Vaksin mRNA iaitu Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion (PfizerBioNTech) akan digunakan.

2. Buat permulaan, PICKids akan dilaksanakan di Lembah Klang.

3. Pelaksanaannya akan dibuat melalui hospital-hospital bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah perubatan, manakala pemberian vaksin bagi kanak-kanak yang tiada masalah perubatan akan diberi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi.

4. Dianggarkan seramai 4 juta kanak-kanak berumur lima hingga bawah 12 tahun layak untuk menerima vaksin ini.

5. Program vaksinasi Covid-19 kanak-kanak berkenaan akan diperluaskan ke sekolah dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.

6. Selain itu, kaedah pemberian lain yang telah dikenal pasti adalah PPV Offsite, klinik swasta, klinik kesihatan dan program jangkau luar (outreach).

7. KKM juga difahamkan telah memulakan kerjasama dengan agensi-agensi lain bagi memastikan semua kanak-kanak mendapat akses kepada vaksinasi Covid-19.

8. Sistem Tempahan Janji Temu melalui Aplikasi MySejahtera akan dibuka bagi memudahkan ibu bapa atau penjaga membuat tempahan janji temu.

9. Sehingga 27 Januari, seramai 484,639 kanak-kanak berumur lima hingga bawah 12 tahun telah mendaftar di MySejahtera. Melalui kaedah ini, ibu bapa atau penjaga boleh memilih lokasi serta masa vaksinasi yang sesuai untuk anak mereka.

10. Pelaksanaan sistem janji temu akan diperluaskan ke negeri lain dalam masa terdekat. sistem itu akan dimuat naik di Play Store pada hari 27 Januari dan boleh diakses dalam masa terdekat.

Bagi mendapatkan janji temu, ibu bapa atau penjaga perlu mengambil langkah-langkah yang berikut untuk membuat tempahan, iaitu mengemas kini aplikasi MySejahtera dan mendaftar anak-anak sebagai tanggungan (dependent) dalam MySejahtera.

Ibu bapa yang tinggal di Lembah Klang akan menerima pautan untuk membuat tempahan janji temu.

Baca juga: Kanak-kanak Melayu sediakan kek ‘sate’ tarik perhatian juri rancangan masakan terkenal UK

Sumber: Sinar Harian

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Foto: Pexels

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca