[VIDEO] Menggerunkan! Kejadian tanah mendap, 5 kereta gelungsur dari ketinggian 9 meter, berikut 10 info mengenainya

A
A
A

Kejadian tanah mendap di Jalan LP 1A/2 Lestari Perdana, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan menjadi tular dalam masa yang singkat.

Rakaman video tular berdurasi 14 saat memaparkan beberapa orang awam berada di lokasi kejadian sebelum tebing setinggi sembilan meter tersebut runtuh sekelip mata dan ia turut menyebabkan lima kenderaan yang diparkir menggelungsur jatuh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sinar Harian (@sinarharian)

Kejadian menggerunkan berkenaan menjadi bualan ramai. Rata-rata warganet meluahkan rasa takut susulan kejadian yang berlaku sekelip mata itu. Malah menurut mereka, kejadian seumpama itu bukan kali pertama berlaku.

Baca juga: Video tragedi cenuram runtuh timpa bot pelancong tular, 7 maut sekelip mata, berikut kronologi kejadian

Ujar mereka;

- Ya ALLAH takutnya tengok.”

- “Allahuakbar mujur tiada orang.”

- “Cerun ini pernah runtuh suatu ketika dulu. Saya tengok terbiar begitu sahaja seolah-olah tiada pihak bertanggungjawab. Kalau hujan, memang tidaklah parkir di situ, risau dan sudah mengagak mesti akan mendap lagi.”

- “Itu bukan tanah mendap tetapi kegagalan dinding penahan untuk sistem saliran yang tidak mampu menahan muatan air di atas dan takungan air dalam tanah akibat hujan.”

10 INFO KEJADIAN TANAH MENDAP LESTARI PERDANA

1- Menurut saksi kejadian, Alter Jasan, 48, kejadian berlaku agak pantas.

2- Ia bermula dengan rekahan kecil sebelum berlakunya pergerakan tanah.

3- "Sebelum itu hujan memang lebat, jadi secara tak langsung mengakibatkan keadaan tanah semakin mendap sekali gus mengakibatkan runtuhan," katanya kepada Sinar Harian.

4- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.38 petang.

5- Beliau berkata berlaku mendapan berhampiran longkang.

6- Hasil siasatan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mendapati runtuhan tebing adalah sepanjang 90 meter dengan ketinggian sembilan meter melibatkan kawasan tempat letak kereta dan sebahagian jalan.

7- Lima buah kenderaan terlibat di dalam kejadian runtuhan tersebut namun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

8- Lanjutan dari pemantauan dan nasihat oleh Jabatan Kejuruteraan MBSJ dan pihak BOMBA, Ketua Polis Daerah Serdang telah mengarahkan 17 premis komersial di hadapan lokasi runtuhan untuk memberhentikan dan mengosongkan premis sehingga kawasan disahkan selamat.

Baca juga: 7 fakta Taufan Rai, membadai Filipina 195km/j, hampir 400 maut

9- Pihak MBSJ turut mengarahkan pemilik kenderaan yang berada di kawasan tersebut untuk mengalihkan kenderaan masing-masing serta merta.

10- Kerja-kerja pengukuhan tebing (sheet pile) akan dijalankan bagi mengelakkan keadaan bertambah teruk. Difahamkan pihak MBSJ akan mengenalpasti punca runtuhan dan merangka pembaikan dengan kadar segera.

Hujan lebat pada sebelah petang sebelum kejadian dipercayai menjadi punca tanah mendap.

Dalam perkembangan terbaru. kerja-kerja memasang cerucuk di tebing longkang yang runtuh giat dilakukan mengelakkan runtuhan susulan.

Baca juga: Letusan gergasi 1,000 tahun sekali gunung berapi Tonga beri impak hingga ke Alaska!

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber dan foto: ">Berita RTM, Sinar Harian, MBSJ

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca