MALANG tidak diduga, kala menikmati keindahan alam, sekumpulan pelancong berhadapan tragedi apabila ketulan dinding  tasik menjulang tinggi pecah  dan tumbang menimpa bot yang membawa mereka.

TASIK BUATAN

Kejadian berlaku di Tasik Furnas terletak di Pulau São Miguel. Tasik buatan seluas 1.87 kilometer persegi dan mempunyai  kedalaman maksimum 15 meter terletak di tenggara Brazil.

Ia salah satu tarikan pelancong popular di Brazil.  Tasik berkenaan menerima sekitar 5,000 pengunjung pada hujung minggu dan mencecah 30,000 pengunjung pada hari cuti.

Baca juga: Muka dirobek, luka ternganga, berikut kronologi gelombang piranha di Amerika Selatan menyebabkan 4 terbunuh

Tasik Furnas dibina pada tahun 1958 untuk pemasangan loji hidroelektrik, merupakan tarikan pelancong yang popular di kawasan itu kira-kira 420 kilometer (260 batu) di utara Sao Paulo.

Kejadian cenuram runtuh pada Sabtu lalu adalah yang pertama kali berlaku di sana.

Apa yang mencemaskan ialah serpihannya batu berkenaan menimpa dua buah bot yang membawa pelancong.

Dalam kejadian itu, tiga orang maut selepas yang lain dikhuatiri hilang.

Iklan

Rakaman dramatik serpihan besar dinding batu runtuh dari ngarai dan ke atas dua bot pelancong berlegar di pelbagai platform media sosial.

CENURAM RUNTUH 

Menerusi video, dapat didengari dengan jelas jeritan pelancong ketika batu itu terhempas ke atas bot dan menenggelamkan kapal lain yang berdekatan. Ia malah menyebabkan gelombang air yang kuat.

Pihak berkuasa berkata sekurang-kurangnya 32 orang dibawa ke hospital manakala sembilan lagi mengalami kecederaan serius.

Kebanyakan mangsa mengalami kecederaan patah tulang dan seorang daripada mereka mengalami cedera pada kepala dan muka.

PEKIKAN PELANCONG JELAS KEDENGARAN

Video dirakam pengungung dari bot-bot lain mendedahkan bot-bot yang membawa pelancong cuba bergerak meninggalkan lokasi berkenaan beberapa saat sebelum tragedi itu. Lebih menyedihkan suara dan pekikan mangsa jelas didengari.

Iklan

Seorang pengendali bot berpengalaman, Rovilson Teixeira menjangkakan lebih ramai mangsa akan ditemui. Tambahnya, dia tidak pernah melihat perkara seperti ini sebelum ini di kawasan itu.

“Kami semua terkejut, tiada siapa yang tahu berapa ramai mangsa, tetapi saya sudah boleh mengatakan bahawa ia bukan hanya satu atau dua kematian, tetapi banyak kematian. Terdapat ramai orang yang cedera.

“Tempat itu penuh dengan ambulans dari pelbagai tempat untuk menangani mangsa, tetapi tiada siapa yang dapat menganggar skala tragedi ini,” katanya.

BANJIR 2 MINGGU SEBELUMNYA JADI PUNCA

Balai Bomba Minas Gerais melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Runtuhan yang disifatkan sebagai seperti ‘domino', dipercayai berpunca daripada hujan lebat.

Pihak berkuasa telah memberi amaran kepada penduduk tempatan lebih awal pada hari tersebut untuk mengelakkan air terjun di kawasan itu yang mungkin terdedah kepada jumlah air yang besar.

Difahamkan kawasan sekitar telah mengalami hujan lebat selama dua minggu yang boleh menyebabkan permukaan batu menjadi longgar.

Situasi itu telah mengakibatkan banjir teruk di mana hampir 17,000 penduduk terpaksa dipindahkan.

Baca juga: Arapaima, ikan air tawar terbesar di dunia ganggu ekosistem ikan tempatan, berikut 23 spesies ikan 'alien' lain

Baca juga: Tragedi tanah runtuh Simpang Pulai-Cameron Highlands ragut dua nyawa, berikut kronologi kejadian

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Daily Mail, NPR