Wanita dan tangisan tak dapat dipisahkan. Berikut fakta mengenai air mata dari segi saintifik yang perlu kita tahu
'HATI tisu' sering dikaitkan dengan individu yang gemar menitiskan air mata.
Tidak mengira sama ada terbawa emosi disebabkan menonton filem atau lagu, tetapi hal-hal yang berlaku di sekitarnya turut mempengaruhi emosi seperti itu.
Khalayak biasanya lebih melihat golongan wanita lebih sensitif dan akan mengalirkan air mata berbanding lelaki.
Sementara itu, lelaki pula sering dijadikan mangsa apabila ada yang mengatakan mereka tidak layak untuk menangis, sedangkan golongan itu juga mempunyai perasaan.
Bukan untuk bercakap mengenai hak mereka yang boleh menangis, tetapi berikut ini beberapa fakta mengenai air mata dari segi saintifik yang perlu kita tahu:
Baca juga: Padah bawa 3 kanak-kanak duduk luar tingkap alza wanita ditahan ini sebenarnya berlaku
1. Kelenjar air mata
Memang benar wanita lebih mudah menangis berbanding lelaki, tetapi bukan disebabkan emosi.
Berdasarkan laporan The Telegraph, dianggarkan wanita akan menangis sekitar enam minit, sementara lelaki antara dua hingga empat minit.
Difahamkan 65 peratus wanita yang mula menangis akan bertukar menjadi teresak-esak.
Kelenjar air mata wanita juga berbeza dan lebih besar berbanding lelaki khususnya untuk menampung air mata.
Disebabkan itu wanita lebih cepat menitiskan air mata terlebih dahulu jika dibandingkan dengan lelaki.
2. Air liur = air mata
Kandungan air mata seperti minyak, air dan lendir sama dengan air liur.
Air merupakan bahagian lapisan paling tebal termasuk memiliki kandungan nutrisi penting untuk mata. Fungsi minyak pula untuk menjaga dan mengekalkan tahap kelembapan.
Air mata dan air liur turut memiliki garam, protein dan hormon.
Biarpun memiliki banyak persamaan, namun air mata dan air liur memiliki rasa dan bau yang berbeza.
3. Tiga jenis air mata
Refleks: Berlaku disebabkan kepedihan mata seperti sedang memotong bawang atau terkena semburan wangian.
Emosi: Berlaku disebabkan pengaruh perasaan antara rasa sedih, terharu, gembira, kesakitan atau marah.
Basah: Membersihkan mata daripada debu atau sebarang jangkitan bakteria termasuk memastikan tahap visual mata berfungsi dengan baik.
4. Posisi
Tidak mengira sama ada menerima perkhabaran gembira atau sedih, air mata pasti akan menitis.
Jadi, sekiranya air mata jatuh di sebelah kiri, bermakna seseorang itu sedang sedih manakala mata kanan pula gembira.
Sekiranya air mata yang keluar dingin, itu bermakna air tangisan bahagia.
5. Hubungan air mata dan hingus
Sekiranya seseorang menangis secara berlebihan, secara tidak langsung hingus juga akan mengalir.
Ini kerana kelenjar air mata mengeluarkan air berlebihan dan mengalir ke bahagian hidung.
Disebabkan terlalu banyak menangis juga akan memeningkan kepala disebabkan dehidrasi.
Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang