BARU-BARU ini tular di laman sosial sebuah video yang memaparkan sebuah kereta Perodua Alza yang dipandu laju sedang membawa tiga kanak-kanak.

Apa yang menjadi perhatian ramai adalah apabila tiga kanak-kanak tersebut dilihat duduk di atas tingkap kereta dengan mengeluarkan badan dari tingkap kereta tersebut.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Perbuatan merbahaya tersebut mengundang kecaman orang ramai dan tidak kurang juga menimbulkan rasa bimbang terhadap keselamatan kanak-kanak itu.

Bertindak di atas maklumat orang ramai ekoran video tular berkenaan, pasukan Risikan atau Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman yang terdiri daripada pegawai dan anggota telah menjalankan risikan dan berjaya mengesan pemilik kenderaan tersebut yang beralamat di Kajang, Selangor.

Baca juga MySJ Trace ganti fungsi check-out, ini cara kemas kini di aplikasi MySejahtera

Menurut satu kenyataan, pasukan terbabit telah menahan seorang wanita iaitu pemandu Perodua Alza dan hasil siasatan awal mengesahkan wanita ini yang memandu seperti di dalam video yang tular tersebut.

Padah bawa 3 kanak-kanak duduk luar tingkap Alza, wanita ditahan. Ini sebenarnya berlaku

Menurutnya lagi, tiga orang kanak-kanak tersebut merupakan anak saudaranya yang tinggal di Klang.

Iklan

Kejadian berlaku semasa wanita tersebut memandu di Jalan Reko, Kajang pada 25 Disember 2021 yang lalu.

Wanita berkenaan ditahan dan dibawa ke Balai Trafik IPD Kajang untuk tindakan selanjutnya di mana siasatan dijalankan di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan (Akta 574) – Perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001- Penganiyaan, pengabaian ke atas kanak-kanak.

Baca juga Waspada, amaran hujan berterusan, banjir diramal di 4 buah negeri mulai 31 Disember

Dalam pada itu, JSPT mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada netizen yang menyalurkan maklumat sebegini agar tindakan undang-undang boleh diambil kepada mereka yang melanggar peraturan dan undang-undang di jalan raya.

Iklan

JSPT turut menyeru agar semua pemandu sentiasa mematuhi peraturan dan tidak sesekali membawa penumpang terutama kanak-kanak dalam keadaan yang berbahaya.

Sumber: FB Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM