Siti Nordiana restu minat anak

SITI NORDIANA
SITI NORDIANA
A
A
A

PENYANYI, pelakon dan pengacara Siti Nordiana tidak menghalang sekiranya anak tunggalnya, Muhammad Rayyan Nakhaie, 12, ingin mengikut jejak langkahnya bergelar penyanyi.

Menurut Siti Nordiana atau mesra disapa dengan panggilan Nana, 36, Rayyan sudah mula menunjukkan minat ke arah dunia seni dan sebagai ibu dia merestui minat anaknya itu.

Malah akui Nana, dia banyak memberi galakan buat Rayyan untuk berani ke hadapan dengan bakat yang dimilikinya itu.

“Rayyan memang suka menyanyi tapi dia pemalu orangnya. Saya banyak beri galakan untuk dia menceburi bidang nyanyian.

“Malah saya juga galakkan dia untuk memasuki kelas vokal. Kalau nak dibandingkan Rayyan dulu dan sekarang, dia kini lebih berani berbanding ketika masih kecil,” katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman Top 5 Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020) yang berlangsung di Envi Skydining, Menara TA One, Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur baru-baru ini.

SITI NORDIANA DAN ANAKNana bersama anak tunggalnya, Rayyan.

Rayyan merupakan anak hasil perkongsian hidup Nana bersama arwah bekas suami, pelakon Mohd Faizal Yusof yang meninggal dunia pada 1 Januari 2011 akibat serangan jantung.

Tak letak harapan

Sementara itu, mengulas mengenai pencalonannya dalam AME2020, Nana berkata, dia tidak meletakkan harapan untuk memenangi mana-mana kategori.

Nana tercalon dalam kategori Lagu MeleTOP, Penyanyi MeleTOP, Artis Versatil MeleTOP dan Grup/Duo MeleTOP (bersama Khai Bahar), turut meletakkan kepercayaan pada peminat untuk mengundinya.

“Kuasa peminat adalah untuk mengundi saya. Sejak dulu lagi mereka rela buat apa sahaja tanpa saya suruh.

“Cuma sebagai artis, saya hanya bantu buat hebahan mengenai pencalonan saya dan selebihnya saya serahkan pada rezeki,” katanya.

Dalam masa sama, Nana mengakui terharu dengan sokongan peminat yang tidak berbelah bahagi sejak awal kemunculannya dulu.

“Saya sudah ada peminat sejak zaman awal kemunculan. Kemudian setelah saya buat comeback mereka masih kekal malah ada pertambahan peminat baharu.

“Peminat serta pihak media yang banyak membantu dalam perjalanan seni saya selama ini dan saya amat menghargai sokongan itu,” akhirinya.

TOP 5 AME2020Antara finalis top 5 AME2020 bersama Ketua Strategi Kandungan Hiburan Astro Raqim Ahmad (enam dari kiri).

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca