Adik Neelofa, Athisha berjaya tamatkan pengajian di UK. Pilih sambut majlis konvo di rumah
SEKALUNG tahniah diucapkan kepada personaliti media sosial yang juga adik kepada selebriti popular Neelofa iaitu Athisha Khan yang berjaya menamatkan pengajiannya dalam bidang Undang-Undang Perniagaan di University of Birmingham, United Kingdom (UK) baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Instagram(IG), Athisha berkongsikan beberapa gambar memakai jubah konvokesyen dalam majlis serba ringkas di rumah bersama keluarganya.
Dalam beberapa perkongsian lain, Athisha turut menzahirkan penghargaan buat kedua ibu bapanya, Datuk Abdul Halim Khan dan Datin Noor Kartini di atas sokongan mereka selama ini sepanjang pengajian.
Sementara itu, ibunya, Noor Kartini melahirkan rasa syukur dengan pencapaian gadis berusia 23 tahun itu.
"Alhamdulillah. Syukur dengan segala nikmatmu. Tahniah Athisha. Moga terus menjadi hamba yang memberi manfaat kepada seluruh umat," catat Noor Kartini di ruangan IGnya.
Menjengah ruangan komen, perkongsian Athisha dihujani ucapan tahniah daripada pengikutnya.
Ujar mereka;"This picture! Congrats Athisha! I’m so proud of you."
"Congratulations Athisha! Beauty with brain. I namakan anak I sebab adore dengan U hihi."
"I've been seen you struggle and very hardworking since you take the foundation until now. Congratulation dear you deserve it."
"Best graduation. The whole family was there for your convo."
"Tahniah Athisha. Semoga terus cemerlang dunia akhirat. Banggakan kedua orang tua. Semoga kejayaan milikmu."
Tahniah Athisha!
View this post on Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang