"Anak bukan beban, punca kita tak terurus.” Ibu ini dedah rahsia tetap tampil bergaya walau punya anak ramai!

A
A
A

ANAK ramai bukan penghalang untuk tampil cantik dan bergaya.

Itu kata dua seorang ibu muda yang mesra disapa Mcyah Joanjett.

Apa yang SinarPlus boleh katakan, ibu kepada lima orang cahaya mata itu sememangnya seorang yang sangat fashionable.

Melihatkan kepada gambar-gambar yang dimuat naik menerusi media sosial Facebook, membuatkan ramai kagum. Apatah lagi, beliau seorang suri rumah!

"Soal penampilan diri, terpulang bagaimana cara kita menguruskan diri sendiri. Sebagai suri rumah, saya tiada pembantu sebaliknya semua dilakukan sendiri dengan bantuan suami.

"Pun begitu, saya masih mampu dan sempat untuk bergaya sepertimana wanita lain," ujarnya memahat kata.

TAMPIL SEDONDON

Seperkara menarik tentang Mcyah, memandangkan anak-anaknya masih kecil dan sukar mengecam jika dari jauh, beliau merintis satu idea.

Wanita itu memilih idea tampil sedondon sekeluarga. Bukan sahaja dirinya, malah si suami juga tidak terlepas pandang akan anak-anak.

"Biasanya kalau keluar bersama, saya memilih pakaian yang simple dan santai. Saya akan pastikan pakaian saya adalah yang paling selesa dan kurang aksesori kerana perlu sentiasa aktif untuk mengawal mereka.

"Malah, saya juga menekankan keselesaan kepada anak-anak bagi membolehkan mereka bergerak aktif tanpa rasa terhalang oleh outfit," ujarnya yang memberitahu turut mempraktikkan anak-anak sehingga mahir dalam bab suai padan termasuk pemilihan warna pakaian yang betul.

Ditanya pandangan sesetengah pihak kononnya anak ramai punca tiada masa untuk bergaya, ini jawapan tegas beliau.

"Usah jadikan mereka alasan tiada masa untuk diri sendiri, sebaliknya semua terletak pada individu itu sendiri dalam menguruskan masa.

"Dalam hal ini, ibu bapa dan anak-anak perlu memberi kerjasama antara satu sama lain. Tetapkan peraturan apa yang boleh dan tidak boleh apabila berada di luar rumah terutama sekali di tempat awam," sarannya.

Pada masa, ujar Mcyah, ingatkan juga anak-anak tentang peri pentingnya menjaga perlakuan diri. Apabila perkara itu sering dilaungkan, lama-kelamaan mereka akan terbiasa dengannya.

"Anak itu rezeki, jangan salahkan mereka jika diri kita tidak terurus. Sebenarnya kita sendiri yang tidak bijak menguruskan diri dan masa. Anak bukan punca,” jelasnya lagi yang mendirikan rumahtangga pada usia 20 tahun, manakala suaminya ketika itu berumur 22 tahun.

Meletakkan impian untuk memiliki anak ramai sekurang-kurangnya enam orang, Mcyah Joanjett bagaimanapun tidak menolak andai ALLAH mengurniakan lebih ramai lagi zuriat.

TANGANI STRES

Sementara itu, berkongsi tip menangani stres, beliau sudah awal-awal membuat senarai tugas yang ditetapkan supaya tidak kelam kabut.

"Saya sudah ada senarai pukul berapa perlu bangun, pukul berapa perlu siapkan  makanan, menu apa yang perlu dimasak, aktiviti apa perlu dilakukan bersama anak. Itulah cara saya menguruskan masa dan juga keluarga.

"Dalam hal ini, suami juga memainkan peranan. Sentiasa bantu isteri ketika di rumah. Suami saya memang sudah ada jadual untuk tugas dalam urusan rumah tangga dan keluarga. Justeru, saya ada masa untuk menguruskan diri sendiri," ujarnya lagi ketika ditemu bual SinarPlus.

Apa yang diperkatakan oleh Mcyah banyak kebenarannya kan? Betul kata Mcyah, kita kena pandai jaga penampilan walau berapa banyak anak sekali pun. Stres dalam diri pun kena pandai kawal, kalau tak diri sendiri yang merana.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca