"Apa salahnya tegur dulu sebelum kompaun?"- Syed Saddiq persoal pelajar matrikulasi dikompaun RM1,500
SEMALAM, laman Twitter menjadi panas ekoran pendedahan beberapa pelajar Kolej Matrikulasi Perak mengenai tindakan pegawai kesihatan mengeluarkan kompaun semasa datang untuk menyiasat kes keracunan makanan di sebuah kafe di situ.
Ciapan yang disertakan dengan gambar kejadian dan kapsyen oleh @nabilAmirul4 mempersoalkan jumlah denda tersebut.
Katanya, elaun yang diterima tidak mampu untuk membayar kompaun tersebut.
"Pelajar Matrikulasi Perak kena kurung sepanjang semester tetapi KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) masuk kafe (di kolej) pergi kompaun RM1,500 dekat pelajar."Kami punya elaun selama enam bulan pun hanya RM1,250," tulisnya.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dalam ciapannya turut tampil mempersoalkan tindakan ‘double standard’ terbabit.
"Kalau pelajar, tidak perlu buka kertas siasatan, kompaun terus. Dah banyak kali kita tegur pelaksanaan double standard macam ini."Apa salahnya tegur dulu sebelum kompaun? Apa yang susahnya?" soalnya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah turut memberi respon terhadap pendedahan tersebut dan mengatakan Jabatan Kesihatan Perak akan segera menjalankan siasatan mengenai perkara itu.
"Siasatan segera sedang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak."Terima kasih atas aduan kepada KKM ini dan perkara ini akan diambil tindakan secepat mungkin,” katanya di Twitter rasminya malam tadi.
Selain itu, terdapat juga beberapa pemilik akaun pelajar lagi yang turut mendakwa dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 kerana melanggar SOP tidak memakai pelitup mulut di dalam kolej.
Ternyata pendedahan tersebut turut membangkitkan amarah warganet yang rata-rata mengatakan kompaun itu tidak wajar.
@ashhjsmn_ - Selebriti kahwin, tak kena siasat sampai kiamat. Student yang kena kurung, automatic RM1.5k.@saidussyahiran_ - Diorang ambik jalan terakhir sebab tak nak buat keje susulan dah.
@AinnurZaimah - Korang yang masuk rumah diorang tiber nak saman budak-budak tu bukan boleh keluar pon hmm sian mereka.
@akmalololo - At least bagi amaran dah laa depa tu bukannya bergaji. Elaun yang depa dapat tu pon bukannya banyak sngat. Aihh makin lama dunia ni dah jadi makin tak adil.
Justeru, sama-samalah kita patuhi SOP bagi memutuskan rantaian Covid-19 ini.
Siasatan segera sedang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Terima kasih atas aduan ini kepada KKM dan perkara ini akan diambil tindakan secepat mungkin. InshaAllah
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) ?ref_src=twsrc%5Etfw">April 19, 2021
Kalau pelajar, tak perlu buka kertas siasatan. Kompaun terus.
Dah banyak kali kita tegur perlaksanaan double standard macam ni. Apa salahnya tegur dulu sebelum kompaun? Apa yang susahnya?
Please explain this @KKMPutrajayahttps://t.co/exavCYCYtv
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) ?ref_src=twsrc%5Etfw">April 19, 2021
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang