"Bekal Umar gi 'skul'", suara latar video ibu siapkan bekal anak tarik perhatian

"Bekal Umar gi skul", suara latar video ibu siapkan bekal anak tarik perhatian
"Bekal Umar gi skul", suara latar video ibu siapkan bekal anak tarik perhatian
A
A
A

"BEKAL Umar gi 'skul'", begitulah lenggok suara seorang anak lelaki sebagai latar setiap video ibunya menyiapkan bekal sekolah.

Walaupun ada perkataan tertentu yang disebutnya masih telor, namun kepetahannya menghiburkan sesiapa sahaja yang menonton video berkenaan.

Suara latar milik si cilik bernama Zhafran Umar Zulfikri Zaki itu berusia tiga tahun dalam video bekal sihatnya mempu mencuit hati pengguna laman sosial.

Menerusi perkongsian video idea bekal sihat untuk si kecil yang dikongsikan ibunya, Nurul Azren A Razak, 30, di TikTok dan Instagram, telah pun mempunyai ratusan ribu pengikut serta ditonton oleh jutaan pengunjung.

@eienrazak First time ibu dgr word “daunkan”? Bento box ni blh search kat shopee “MunchiieBox” @ search nama seller kiddosgearsm okay? #bekalanak#kidsbento#kidslunchbox#bentomalaysia#fyp#fypシ#fypdongggggggg#cucuncucun♬ original sound - Eien Razak

Menurut Nurul Azren, dia telah berkongsi video hidangan sihat menerusi laman sosial itu sejak Zhafran Umar berusia enam bulan dan pada peringkat awalnya tidak menggunakan sebarang suara latar.

Namun, ujarnya selepas anaknya mula dihantar ke taska pada tahun ini, saya teruskan perkongsian video hidangan sihat tapi lebih menjurus kepada bekal untuk dia bawa ke taska atau apabila keluar berjalan.

Katanya, setiap kali dia membuat video, Zhafran Umar ada bersama hingga satu ketika dia ingin tahu apa yang dilakukan ibu.

"Saya cuba merakam suaranya dan apabila 'dimainkan' semula, dia seronok mendengar suara sendiri. Saya tidak menyangka sejak menggunakan suara latar anak sendiri, ia menjadi tarikan dan menimbulkan minat ramai untuk menonton video yang saya kongsikan," katanya.

Anak kelahiran Mersing, Johor itu berkata antara menu pilihan bekal sihat yang menggunakan resipi sendiri itu ialah pasta labu, nuget tauhu kentang dan wrap telur dengan setiap menu dipotong mengikut dekorasi tertentu selain bekas yang berwarna-warni bagi menarik selera makan anaknya.

@eienrazak Payah pulak nak translate bahasa Umar yg ni? #bekalanak#bekalumar#umarcucuncucun#fyp♬ original sound - Eien Razak

Nurul Azren yang juga pereka grafik sambilan berkata lazimnya beliau terlebih dahulu akan menyiapkan suntingan video sebelum berkongsi kepada anaknya yang kemudian akan menyebut sendiri jenis makanan dalam bekal sihat itu.

"Dia sudah kenal kebanyakan setiap jenis menu dalam bekal yang saya sediakan, kalau ada yang tidak tahu saya bantu sebut dan dia turuti. Ada juga perkataan yang dia tambah secara spontan seperti 'nyum-nyum' yang menjadi 'trademark' pada setiap video," ujarnya.

Menariknya, setiap proses merakam suara dilakukan hanya dalam tempoh kurang daripada lima minit.

Selain video bekal sihat, Nurul Azren turut berkongsi aktiviti yang sering dilakukan oleh anaknya dan boleh ditiru oleh ibu bapa untuk kanak-kanak seusianya yang lain bagi membantu meningkatkan skil motor, fokus dan perbendaharaan kata.

Sumber: TikTok Eien Razak, Bernama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca