Dhabitah Sabri Atlet Terjun Negara Pernah Terima Darjah Kebesaran YDP Agong 2 Tahun Lalu

A
A
A

BIARPUN sudah dua tahun berlalu atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri dikurniakan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Wilayah (AMW), kini foto detik bermakna itu tular kembali di media sosial.

Pada istiadat pengurniaan darjah kebesaran tersebut, Dhabitah menjadi antara 200 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2019 di Istana Negara.

Nur Dhabitah, secantik nama dan sememangnya dikenali ramai sebagai atlet terjun negara yang tidak pernah lekang dengan senyuman mengiringi setiap terjunan hebat dalam kejohanan yang disertainya.

Lagi menaikkan namanya apabila anak kelahiran Kuala Lumpur itu hampir mendapat pingat namun terpaksa akur di kedudukan keempat saingan akhir 3 meter (m) papan anjal wanita individu setelah mengumpul 326.15 mata selepas lima pusingan di sukan Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Kehadirannya dalam arena sukan terjun di samping atlet berbakat besar seperti Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee terbukti berjaya melonjakkan nama negara dalam sukan berkenaan.

Nur Dhabitah, secantik nama dan sememangnya dikenali ramai sebagai atlet terjun negara yang tidak pernah lekang dengan senyuman mengiringi setiap terjunan

Meniti usia 22 tahun, Dhabitah sememangnya memiliki aura tersendiri terutamanya ketika menyertai pertandingan.

Malah pesona gadis comel itu juga pernah menarik perhatian media antarabangsa sewaktu temasya Sukan Olimpik Rio 2016 kerana sikapnya yang gemar tersenyum!

Mengimbau kembali momen Dhabitah dalam acara sukan dunia kira-kira lima tahun lalu, namanya meniti di bibir peminat sukan seluruh dunia yang tertawan dengan senyuman manis atlet muda itu.

Walau terjunan Dhabitah ketika bertanding kurang kemas namun dia tetap melemparkan senyuman kepada penonton.

Dilahirkan pada 12 Julai 1999, anak bongsu kepada pasangan Sabri Hashim dan Fazidah Jaafar ini mula didedahkan dengan sukan renang selepas kedua-dua ibu bapanya menyedari minat Dhabitah dalam bidang berkenaan sejak kanak-kanak lagi.

Sepanjang bergelar atlet, Dhabitah yang mendapat pendidikan di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) telah berjaya merangkul pelbagai pencapaian membanggakan antaranya;

1. Anugerah Sekolah Sukan Bukit Jalil (Atlet Sukan Wanita Terbaik)

2. 100 Plus Sports Awards (Atlet Harapan Malaysia 2016)

3. Pemenang pingat gangsa di acara sukan terjun di Sukan Komanwel 2014 dalam acara wanita 10 meter platform berirama dengan Pandelela Rinong.

4. Pingat emas Asian Diving Cup 2015

5. FINA Diving Grand Prix

Nur Dhabitah, secantik nama dan sememangnya dikenali ramai sebagai atlet terjun negara yang tidak pernah lekang dengan senyuman mengiringi setiap terjunan

6. Sukan SEA 2015

7. Sukan SEA 2017

8. Olahragawati Wilayah Persekutuan 2017

9. Pingat emas dalam platform seirama 10m bersama Leong Mun Yee di Sukan SEA 2013.

10. Pada Jun 2012, menjadi penyelam termuda Malaysia untuk memenangi pertandingan antarabangsa senior dengan memenangi dua acara di Kejohanan Renang Asia Tenggara di Singapura.

Baca juga Pakar bedah Malaysia rangkul anugerah dunia, cipta alat khatan Circumstar-1, berikut 5 fakta mengenainya

Atas kejayaan cemerlang dalam bidang sukan, Dhabitah diberi kepercayaan membawa obor terakhir Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Moga kejayaan yang diraih Dhabitah terus menjadi inspirasi buat semua untuk berjaya dalam bidang yang diceburi.

Sumber: NONA

Foto: Instagram Nur Dhabitah Sabri

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca