Hidap penyakit autoimun sejak kecil, pemuda tinggi 137cm alami penyakit JIA, 'untungnya' muka sentiasa baby face

A
A
A

DISAHKAN menghidap penyakit autoimun sejak berusia lima tahun, pemuda dikenali sebagai Mini Apih berkongsi pengalaman selepas 20 tahun bergelar pesakit artritis idiopatik juvana atau ringkasnya JIA.

Menerusi akaun TikTok, Muhammad Afis bin Awis yang kini berkhidmat di sebuah universiti awam mendedahkan dirinya menghidap radang sendi.

JIA menyerang sekali gus mampu menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan normal ketika beliau dalam tempoh membesar.

Perkongsiannya menerima hampir 800,000 tontonan dan 38,000 reaksi daripada warga maya.

"Bagaimana saya hidup dengan JIA.

"Saya disahkan menghidap JIA semasa berumur lima tahun. Sebelum disahkan bermacam cara doktor buat untuk tahu penyakit apa kerana simptomnya agak pelik. Sampaikan doktor syorkan kepada ayah untuk ambil air tulang belakang," kongsi Muhammad Afis yang juga dikenali sebagai Apih.

Ketika kanak-kanak lain aktif bermain, tubuh kecilnya itu mula mengalami gejala JIA. Menurut Apih, ekoran daripada JIA tangannya membengkok, leher senget hingga tidak mampu berjalan.

Baca juga: Tuah Missclyen kini anak angkat Raja Permaisuri Agong, alami penyakit ‘rare’ Sindrom Werewolf

Keadaan itu menyebabkan pemuda ini terlantar sakit dan tidak mendapat pendidikan awal di tadika.

Ketika sekolah rendah, Apih mula mengetahui bahawa JIA menyebabkan tumbesarannya terbantut. Dalam foto yang dikongsi, mendedahkan adiknya mempunyai ukuran ketinggian lebih daripadanya.

Berulang-alik ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan daripada pakar, Apih akhirnya didiagnos sebagai penghidap JIA.

Baca juga: Masalah tulang belakang bengkok boleh terjadi seawal usia kanak-kanak lagi. Ini langkah pencegahan boleh diambil

"Tambah sedih apabila dapat tahu penyakit saya buat tumbesaran terbantut. Bayangkan masa ini saya Tingkatan Tiga, rendah guys.

"Kemudian ketika di Tingkatan Lima, masih rendah. Ketika ini saya mula chubby," ujar Apih.

Kesakitan yang dialami tidak mematahkan Apih. Tamat Sijil Pelajaran Malaysia, anak muda ini melanjutkan pelajaran di institusi pengajian swasta, Cosmopoint.

Baca juga: Pelukan terakhir nurse 9 hari sebelum meninggal, Zarif bagaikan tahu akan pergi, ibu kongsi kisah kehilangan genap 1,000 hari

"Semasa mula-mula masuk ramai yang ingatkan saya anak pensyarah. tapi tidak sebenarnya.

"Semua pandang saya atas bawah, mungkin tidak pernah nampak orang macam saya agaknya," ujarnya yang mula mengalami simptom badan yang sembap ekoran pengambilan ubat-ubatan.

"Lama mengambil ubat-ubatan untuk penyakit, badan saya kelihatan berisi. Seperti dalam gambar ini, berat hanya 37kg sahaja.

"Makin membesar saya kerana steroid," katanya.

Baca juga: Kenali manusia kerdil, antara 8,000 penyakit jarang jumpa dunia

Kekurangan yang ada pada dirinya tidak menjadi penghalang anak muda ini memajukan diri.

Selesai menjalani sesi praktikal di sebuah universiti pada tahun 2019, beliau ditawarkan sebagai pekerja sambilan harian di IPT tersebut.

"Ketika itu tinggi saya setakat paras siku rakan-rakan sekerja.

"Akhirnya pada tahun 2020 hingga 2023, saya berjaya kurus dengan mengurangkan makan steroid. Yang ajaibnya, berat tetap sama 37kg, ajaib kan?

"Saya kurangkan dos daripada dua biji kepada satu setengah biji. Mula-mula badan memang akan sakit, tapi saya support dengan pain killer. Makan apabila perlu.

"Selepas satu tahap rasa sudah selesa dan tak sakit, saya kurangkan lagi dos kepada satu biji.

"Memang berbeza apabila kulit juga berubah dan saya tidak lagi buncit. Pengurangan dos akan menyebabkan rasa sakit tetapi saya ambil pain killer," ujar Apih.

Berani mengambil risiko, pemuda ini mengurangkan dos sehingga suku biji tablet dengan perlahan-lahan dan tidak mendadak.

Apih mendakwa selepas suntikan vaksin Covid-19, beliau mula mengalami tanda-tanda akil baligh.

"Selepas turunkan dos sehingga suku biji, saya diwajibkan mengambil suntikan vaksin koronavirus'

"Suntikan dos pertama tidak nampak, namun selepas dos kedua nampak kesan. Kawan saya menegur seluar semakin senteng, mak dan adik beradik perasan suara berubah.

"Tiba-tiba janggut dan misai tumbuh, atas izin ALLAH.

"Doktor yang merawat pun terkejut dengan apa yang terjadi. Kuasa ALLAH apa-apa pun boleh berlaku.

"Tinggi saya yang dahulu 128 sentiemeter (cm) bertambah kepada 137cm. Ramai tidak percaya umur 25 masih boleh (meninggi). Doktor cakap memang tak boleh tapi ia berlaku dengan izin ALLAH," kongsi Apih yang telah diterima sebagai staf tetap universiti berkenaan.

Pertambahan ketinggian itu menggembirakannya. Jika dahulu pada paras siku, kini Apih sudah paras dada rakan sekerja.

"Sampai sekarang saya masih bergayut dan nampak perubahan. Saya tidak ambil apa-apa suplemen untuk tinggi, hanya bergayut.

"Beginilah ceritanya. Saya tidak pernah hidup seperti orang lain yang normal tetapi tetap bersyukur.

"Mungkin dari segi fizikal aku tiada kelebihan namun dari segi lain ada. Apa-apa pun kena sentiasa bersyukur," ujarnya.

Biarpun memiliki ketinggian 137cm, Apih mampu memandu kereta dengan baik. Menjawab pertanyaan netizen, pemuda ini menunjukkan penggunaaan kusyen khas.

"Saya boleh jer memandu. Tidak seperti orang lain saya menggunakan kusyen saya sendiri. Ada kusyen di bawah tempat duduk dan untuk bersandar.

"Saya buat begini supaya tidak menyusahkan orang," ujarnya.

Berkenaan motosikal pula, Apih berkata doktor yang merawatnya tidak mencadangkan beliau menunggang kenderaan itu kerana bimbang risiko tinggi kemalangan dan kecederaan.

Perkongsian pemuda ini ternyata membuka mata dan kesedaran kepada masyarakat tentang JIA. Warga maya memberikan kata-kata semangat buat Apih dan berterima kasih atas perkongsian beliau.

- "Kekurangan awak mungkin pada fizikal tapi lihatlah rezeki dia lebih. Habis belajar terus dapat kerja tetap."

- "Daripada story ni nampk anda seorang yang sangat kuat menghadapi ujian hidup walaupun dalam hati tiada siapa tahu. Semoga terus kuat, orang yang diuji ALLAH sayang."

- "Ya ALLAH, nikmat mana yang hendak kamu dustakan. May bless you success ... peaceful heart and a content soul."

Dalam pada itu, tidak kurang yang memuji penampilannya yang sentiasa kelihatan muda.

- "Muka baby face, forever young."

- " Muda sepanjang hayat."

INFO PENYAKIT JIA

1- JIA ialah adalah autoimun biasa dialami dalam kalangan remajaberkaitan sendi dengan gejala seperti artritis atau radang sendi. Ia sekali gus mampu menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan normal mereka ketika dalam tempoh membesar

2-Biasanya pesakit akan mengalami kesan kepada perkembangan seperti berikut:

a)Kesan biologi seperti kelewatan atau tempoh baligh terjejas, tubuh yang pendek dan jisim tulang berkurangan.

b)Psikologi pula ialah masalah tingkah laku, egosentrik, rendah harga diri dan terjejas perkembangan kognitif.

3)Kanak-kanak JIA biasanya mengalami bengkak pada mana-mana sendi sama ada di rahang, tengkuk, bahu, siku, pergelangan tangan dan kaki, jari, paha, lutut atau tulang belakang.

4-JIA boleh menyerang kanak-kanak tanpa sebab tertentu dan sehingga kini tidak diketahui punca sebenar, namun ia dipercayai ada kaitan dengan genetik.

5-JIA boleh menyebabkan sakit sendi atau kejang, mengganggu pertumbuhan, kecacatan sendi, radang mata dan boleh mengancam nyawa.

6-Sesetengah pesakitnya memerlukan alat bantuan khas seperti splin atau kerusi roda untuk bergerak. Selain itu, penyakit kronik ini juga mampu mengganggu persekolahan atau kehidupan sosial.

7- 70 peratus daripada pesakit dapat mengawal penyakit berkenaan dalam tempoh dua tahun manakala 30 hingga 50 peratus pula boleh sembuh selepas lima tahun jika mendapatkan rawatan yang betul.

Sumber: Mini Apih

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca