Ditinggalkan ibu ke dobi, kanak-kanak 4 tahun maut terjatuh kondominium 35 tingkat

A
A
A

HANYA ditinggalkan sebentar oleh ibunya untuk keluar mencuci pakaian, seorang kanak-kanak empat tahun maut terjatuh kondominium setinggi 35 tingkat.

Kanak-kanak masih belum matang dan tidak mampu menjaga diri sendiri. Malang tidak berbau, dalam insiden di tingkat 35 sebuah kondominium di Pandan Perdana, Kuala Lumpur itu ibu berusia 36 tahun kehilangan permata hatinya dalam sekelip mata.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, mangsa ialah warga Indonesia dibawa oleh ibunya yang bekerja sebagai pembantu rumah sambilan.

Baca juga: Wanita maut terjatuh, tergelincir ketika rakam foto, ini kronologi kejadian

Baca juga: Kanak-kanak dari Indonesia maut selepas terjatuh ke dalam perigi sedalam 20 meter

Dalam kejadian, si ibu telah meninggalkan kanak-kanak berkenaan yang sedang tidur di ruang tamu rumah sebelum turun ke bawah untuk membasuh pakaian di dobi.

"Semasa berada di bawah, ibu mangsa melihat orang ramai berkerumun di kawasan tingkat bawah dan mendapati mangsa adalah anaknya," katanya.

Mangsa yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik dipercayai telah bangun dari tidur dan membuka 'sliding door' sebelum memanjat kerusi yang berada di balkoni.

Baca juga: Ibu luah rasa kecewa wajah anak dicakar, dihempap. Berikut 5 tip pemilihan taska terbaik

Baca juga: Bayi perempuan maut terjatuh bangunan, gara-gara tingkap tanpa jeriji. Berikut 10 tip keselamatan di rumah

Gambar hiasan (Kredit foto: Canva)

"Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu pengabaian terhadap kanak-kanak. Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya," ujarnya.

Pihak polis menasihati orang ramai supaya menjaga tingkah laku anak-anak dengan tidak meletakkan sesuatu yang mendatangkan bahaya kepada anak-anak.

Justeru, berwaspadalah para ibu, pastikan sentiasa mengawasi anak-anak. Usah tinggalkan mereka sendirian tanpa pemantauan orang dewasa.

Pencegahan kemalangan di rumah

Kebanyakan kemalangan terjatuh boleh dicegah. MyHealth mencadangkan beberapa langkah untuk mengelakkan ia daripada berlaku terutamanya berkaitan struktur dalaman rumah.

Tangga

1.Pasang pagar keselamatan berhampiran anak tangga bawah dan atas serta jeriji keselamatan pada tingkap dan pintu.

2.Pastikan semua tangga diterangi cahaya lampu.

3.Pastikan anak tidak dibiarkan berseorangan di tingkat atas, beranda atau di tempat yang tinggi.

Gambar hiasan (Kredit foto: Canva)

Lantai

1.Simpan semua permaidani yang dilipat dan barang-barang supaya tidak berselerak di atas lantai.

2.Lap segera lantai basah akibat tumpahan air atau makanan bagi mengelakkan lantai licin.

Susunan perabot

1.Elakkan meletak kerusi dan perabot berhampiran tingkap atau balkoni.

2.Cuci bilik mandi dengan kerap untuk mengelak lantai daripada berlumut dan menjadi licin.

Sekiranya ketinggian balkoni adalah melebihi satu meter dari aras tanah, ia perlu dipasang pagar atau penghadang.

Ini bermakna jika anda tidak tinggal di kondo atau pangsapuri, tetapi mempunyai teres bertingkat, balkoni harus mempunyai pagar.

American Academy of Pediatrics (AAP) mencadangkan agar ketinggian pagar balkoni sekurang-kurangnya tiga kaki atau satu meter.

Anda juga perlu mengunci pintu yang menghala ke balkoni atau meletakkan papan penyelak pada landasan pintu gelangsar (sliding door) untuk mengelakkan ia daripada terbuka.

Baca juga: Panjang umur, anak kecil tercicir atas jalan, jatuh dari kereta ibu buat ramai seriau

Sumber: Sinar Harian, MyHealth

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca