SEJAK kebelakangan ini, banyak kejadian yang tidak pernah terlintas dalam fikiran terjadi.

Bukan sahaja virus Covid-19 yang membadai dan telah meragut kira-kira 5.92 juta nyawa di seluruh dunia, malah kemalangan dan kematian disebabkan hal yang rare kerap berlaku.

Baca juga Kesudahan serupa Rayan, kanak-kanak Afghanistan terperangkap perigi 70 jam meninggal dunia

Terkini, seperti dilapor oleh Kompas, seorang kanak-kanak berusia enam tahun terjatuh ke dalam perigi sedalam 20 meter berdekatan lokasi perumahan mangsa di Desa Cijantung, Kecamatan Pasar Rebo, Jakarta Timur, Indonesia baru-baru ini.

Difahamkan, pihak bomba dan penyelamat telah menerima laporan berkenaan pada jam 2.33 petang.

Ketua Saksi Operasi Bomba dan Penyelamat, Jakarta Timur, Gatot Sulaeman berkata, mangsa dikatakan bermain berdekatan perigi sebelum terjatuh.

“Seramai lima anggota dikerahkan untuk melakukan kerja-kerja menyelamat.

“Mangsa berjaya dikeluarkan pada pukul 3.13 petang, tetapi beliau sudah meninggal dunia,” ujar beliau dengan nada sedih.

Sebelum ini, pada April 2020, seorang kanak-kanak lelaki dari Desa Kalibagor, Kecamatan Kalibagor, Kabupaten Banyumas, Jawa Tengah, meninggal dunia setelah terjatuh ke dalam perigi jirannya yang memiliki kedalaman sekitar 5 meter pada waktu siang hari.

Kejadian berlaku ketika mangsa bermain sembunyi-sembunyi bersama rakan-rakannya di sekitar rumah.

Difahamkan, ketika kejadian, rakannya bergilir-gilir mengawal, manakala mangsa bersembunyi.

Mangsa disyaki terjatuh ke dalam perigi ketika mencari tempat bersembunyi.

Iklan

Apabila bercakap tentang perigi, SinarPlus tiba-tiba teringat kisah menyedihkan yang berlaku ke atas kanak-kanak dari Maghribi, Rayan Oram dan seorang lagi, Haidar (dari Afghanistan).

Tragedi malang yang menimpa Rayan diratapi masyarakat global apabila beliau disahkan meninggal dunia selepas terjatuh dan terperangkap dalam perigi selama lima hari.

Dua minggu selepas itu, Haidar dari perkampungan Shokak, Zabul pergi buat selama-lamanya selepas usaha menyelamatnya berlangsung selama 70 jam dilakukan.

Arwah dilaporkan terperangkap dalam perigi di kedalaman 20 meter.

Iklan

Pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk menghampirinya susulan halangan batu besar.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sesungguhnya, ajal dan maut semuanya sudah tertulis dalam lohmahfuz kita.

Pun demikian, kepada ibu bapa di luar sana, perhatikanlah aktiviti anak-anak kita. Jangan sampai terleka. #kitajagakita

Foto Arab News & BBC