Ebit jumpa Mikhael, ketulusan kasih sayang ibu dan anak berlainan agama buat ramai tersentuh
BARU-baru ini SinarPlus berkongsi tentang lelaki mualaf, Muhammad Mikhael Sathayah dan ibunya. Ketulusan kasih sayang dan akrab hubungan antara dua beranak itu biarpun berlainan agama menyentuh hati ramai.
Aktivis masyarakat, Ebit Lew yang terkenal dengan keprihatinannya mengambil peluang bertemu mata dengan saudara baru itu.
“Terharu sebak masa dengar kisah muka gengster tentang kasih sayangnya bersama ibunya walau setelah anaknya masuk Islam.
“Kebaikan ibunya. Muka gengster anak mak. Sentiasa menjaga ibunya. Betapa ibunya menyayanginya,” titip Ebit.
Baca juga: Ebit Lew ziarah bapa, anak dibaham buaya, hadiahkan bot dan enjin, titipkan semangat serta doa
Ebit yang menghadiahkan sehelai jubah dan selendang kepada Muhammd Mikhael mengagumi kasih sayang ibu lelaki itu.
“Dekat Ramadan ni makin kuat rindu mak ayah. Buat yang masih ada mak ayah hargai dan sayangilah mereka. Doakan yang sudah pergi .
“Tadi maknya kata pada saya, ustaz jangan sedih saya macam mak ustaz. Sedih pula rasanya. Rindunya arwah mak ayah,” titipnya.
Baca juga: Peluk Islam usia 12 tahun, miliki 22 cawangan Elewsmart. Ini 7 fakta tentang Ebit Lew
Menurutnya, Muhammad Mikhael terharu dengan pertemuan itu.
“Berulang kali (Muhammad Mikhael) cakap saya pendosa dapat jumpa ustaz. Saya pun orang biasa dan berdosa. Kita sama-sama perbaiki diri dan doa dapat reda ALLAH,” kongsinya.
Baca juga: Baru peluk Islam, pemuda letak nota atas sejadah untuk belajar solat
Penghijrahan tidak menghalang hubungan kekeluargaan. Warganet terharu dan memuji tindakan Muhammad Mikhael yang terus rapat dengan ibunya biarpun sudah memeluk Islam.
- "Inilah Islam, menyantuni dan mendekati dengan penuh rahmat, Islam itu sejahtera, janganlah takut kepada Islam, agama kami tak ajar keganasan."
- “Ramai yang bukan Islam yang dah jatuh cinta pada keindahan ajaran Islam, takut nak masuk Islam sebab takut kehilangan keluarga. Dalam Islam, ibu bapa walaupun sudah berbeza agama, martabat mereka tetap tinggi. Islam menyuruh kita untuk sentiasa melayani ibu bapa kita sebaik-baiknya. Tidak ada beza pun.”
- "Indahnya bumi bila ramai berdakwah dengan kasih sayang."
- "Inilah yang dikatakan hidayah itu milik ALLAH, DIA akan berikan petunjuk hidayah kepada sesiapa sahaja yang DIA inginkan."
Baca juga: Makan nasi dengan minyak, air, ibu anak 8 duduk tepi jalan, Ustaz Ebit hadiahkan motor
Sumber: Ebit Lew
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang