Ibu ibu, adik datang ni.' Gelagat Nufail mengesot masuk bilik sambil cari ibunya yang koma bikin warga maya sebak!
SEBAK, terharu dan pelbagai rasa bermain dalam jiwa warga maya tatkala melihat gelagat si kecil J Ehsan Nufail yang mengesot masuk ke bilik ibunya.
Bakal memasuki usia setahun pada 30 November ini, si kecil tersebut ialah anak sulung kepada Jahidah Nordin, wanita yang koma didakwa dipukul suami ketika sedang mengandung.
Jahidah sehingga kini masih tiada sebarang perubahan. Difahamkan beliau masih terlantar di atas katil dan tidak mampu memberikan respons lebih setahun yang lalu.
Kisah si kecil yang mesra dipanggil Nufail itu pula sering menjadi perhatian ramai usai ibu saudaranya bernama Fauziah Nordin, memuat naik perkembangan anak buahnya itu.
PANDAI MENGESOT
Menerusi perkongsian terbaharu, Fauziah melahirkan rasa bimbang kerana Nufail masih belum mencapai berat badan ideal. Sementelah, sejak dalam kandungan lagi anak buahnya itu tidak berpeluang merasai makanan kecuali susu.
Justeru, wanita itu bertanyakan kepada warga maya berkenaan susu yang terbaik untuk menambah berat badan Nufail.
“Dah bulan 10, berat tak cantik lagi. Semoga Nufail membesar sihat” tulis Fauziah menerusi kapsyennya.
@ziahzara15 susu apa elok utk tambah berat? #eshannufail#ziahzara#babyjahidah#babyajaib#mangsaderasuamidayus#braindamage♬ Doaku Untukmu Sayang - Wali
Pada masa sama, Fauziah turut memuat naik satu video memaparkan gelagat si kecil itu yang sudah pandai mengesot dan memasuki sebuah bilik.
Perilaku tersebut seolah-olah si kecil itu tahu ibunya yang berada di ruangan itu.
"Sebak tengok Nufail mengesot masuk bilik ibunya hari ini. Dah tahu ya, ibu duduk bila yang mana," luahnya.
@ziahzara_15 anak Soleh bijak nufail..♥️♥️?#babyjahidah#nufailfamily#eshannufail#babyajaib#mangsaderasuamidayus#braindamage#ziahzara♬ Buah Hati - Armada
Melihat perlakuan sedemikian mengundang rasa sebak di hati ramai. Rata-rata mendoakan agar si comel itu membesar dengan sihat dan ibunya kembali pulih seperti dahulu.
Berikut antara komen yang dikongsikan:
"Ibu, ibu. adik datang ni." Mungkin itu perkataan yang akan Nufail sebut besar nanti."
"Anak yang hebat. Dari dalam perut ibu bertahan. Moga si kecil itu jadi sumber kekuatan keluarganya."
"Mungkin Nufail dapat rasakan ibunya memanggil, mana tahu kan."
"Naluri seorang anak pada ibu. Terima kasih kerana menjaga anak soleh dengan baik. ALLAH sahaja yang boleh balas jasa anda.
"Ajaib kan. Daripada kecil Nufail bertahan walaupun ibu sakit. Kuasa ALLAH."
"Sedihnya. Pandai cari ibunya. Semoga si kecil ini menjadi anak yang soleh dan pelindung buat ibunya kelak. Amin."
"Rindu bau ibu lah tu. Semoga Nufail membesar dengan baik. Dapat peluk ibu nanti. insya-ALLAH."
Sumber: TikTok Fauziah Nordin
SinarPlus yang mengikuti kisah keluarga itu pun rasa sangat sebak dan terharu.
Apatah lagi, apabila melihat gelagat Nufail kini yang sudah boleh mengesot. Moga terus membesar dengan kuat dan dan dipermudah segala urusan.
Layari portal SinarPlus, sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang