Jual lukisan RM1, dua beradik buka gerai tepi jalan raih pujian

A
A
A

"KECIL-KECIL dah pandai berniaga dan ada seni... bukan semua orang ada."

"Ala, acik tertewas la tengok kesungguhan dorang ni..."

"Jual 6 lukisan tapi dapat duit lebih... good luck adik kumpul duit!"

"Abang doakan adik-adik berjaya suatu hari nanti jadi kebanggaan ibu bapa.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

"Terbaik bakal usahawan, awesome. Semangat dan jiwa yang besar."

"Cute... Uncle doakan semangat awak kekal untuk jadi usahawan.

Begitulah ungkapan warga maya terhadap kisah dua beradik yang tular di media sosial Facebook semalam apabila mereka membuka gerai jualan lukisan bernilai RM1.

Jual lukisan RM1, dua beradik buka gerai tepi jalan raih pujian

Difahamkan, gerai jualan lukisan hadapan rumah mereka itu iaitu di Kampung Malaysia Raya, Sungai Besi, Kuala Lumpur mendapat sambutan hangat dari penduduk setempat.

Menurut bapanya dikenali sebagai Fadhil Zainuddin, anak sulungnya itu pada mulanya memintanya membuka sebuah kedai untuk menjual lukisannya.

"Petang tadi (semalam) layan anak sulung aku jual lukisan dia, punya beria dia nak bukak kedai, dia kata dekat aku "depan rumah pun takpe" jadi aku pun layankan sahaja.

Baca juga [VIDEO]Kotak hijau berisi emas RM70,000 dijumpai, E-Idaman bangga staf prihatin

"Aku tak nak patahkan semangat dia tu, jadi aku sediakan tempat dia dan aku tinggalkan dia dengan adik dia.

"Biar mereka cuba jual sendiri, tak sangka semua enam lukisan dia habis dijual," katanya di Facebook.

Alahai comel! Semoga berjaya adik-adik...

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca